Salam 'Perantauan'

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh kepada semua yang masih lagi bergembira dengan sambutan Tahun Baru 2012 yang ranvak ya, dengan persembahan bunga apinya, dengan rancangan AMBANG 2012 di televisyennya. Alhamdulillah, Allah S.W.T. masih lagi memberikan kita peluang untuk mengecapi kehidupan yang semsetinya kita perlu lalui dengan keteguhan dan kesabaran yang jitu kerana mungkin tahun 2012 bukan calang-calang tahun bagi anda. Jika perih anda lalui di 2011, keperihan anda akan diteruskan pada 2012. Bukan tujuan aku nak menaktu-nakutkan, tetapi ia adalah realiti bukan mimpi. Lupakan 2011 yang telah berakhir dan welcome to 2012 now!


Sedar tak sedar, kita akan masuk sekolah juga. Macam aku, esok, aku kena berangkat ke daerah 'rumahku' iaitu Sabak Bernam. Mungkin sesetengah daripada anda mengatakan 'ala... cuti sekolah dah habis. Nak enjoy lagi...'. Opss, sorry to say, masa tak dapat berpatah balik. Takkan membuat u-Turn pada masa ini dan takkan pernah buat malah langsung dalam seumur hidup. Barang yang lepas jangan dikenang. Nasi pun dah jadi bubur. Bubur pun kita makan. Jadi, kita dah diberi cuti yang agak panjang kenapa perlu disesalkan? Agaknya kalau kerajaan bagi cuti setahun dua pun korang masih lagi kata not satisfied. Aduh! Inilah manusia. Tidak pernah puas hati dengan apa yang dikecapinya. Cukup-cukuplah main PS tu, sekarang ni masanya kita untuk mengangkat beg sekolah yang sarat dengan ilmu itu. Masanya untuk kita mengemaskini apa yang perlu. Mengupdate kata IT. 


Lupakanlah kegembiraan yang anda nikmati ketika merayakan ambang 2012 yang lalu. 2012 dah datang dah malah masuk hari yang kedua pun. Apa lagi yang anda ingin memperkotak-katikkan di sini? Buka mata, buka minda. Dah nak masuk sekolah. Jangan lupa. Aku hantuk juga kepala tu karang. 


Sekarang, aku malas nak ucapkan 'Selamat Tahun Baru 2012' atau bahasa orang putihnya kata Happy New Year 2012 tapi aku nak kata Selamat Kembali Ke Sekolah! Aku pun tak sabar juga nak kembali ke sekolah. Yalah, duduk rumah, sekadar menghabiskan duit mak bapa yang bersusah payah bekerja keras, menghadiri meeting apa semua. Buang masa. Lebih baik memanfaatkan masa dengan perkara-perkara yang berfaedah. Kat sekolah, ramai kawan. Dari berFacebook, lebih baik face-to-face sahaja. Tambahan lagi, aku pun tahun ni nak ambil PMR. Besar ujian tu. Jadi, usaha tangga kejayaan, ilmu langkah kehidupan.


Then, kalau aku ada kesempatan mengupdate blog ini di sekolah, insyaAllah. Kalau tak, berkurunglah ia selama dua minggu dan selepas itu, mungkin aku akan update status dengan jarang-jarang (sebab PMR jugak...) sekali.


Then juga, mungkin selepas ini juga aku kurang melayan akaun Facebook dan Twitter, jadi faham-fahamlah kalau tiada status yang diupdate.


Oklah, itu sahaja. Sekian, budak sekolahku, kita jumpa di sekolah Rabu ni. Dan semua, dua minggu depan, aku menyusul. Assalamualaikum! Salam 'Perantauan' Warga Asrama dari Kelab ASPM Siber!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

[LIRIK] Isra' Mikraj - Nasyid SAMMPS 2014

Majlis Konvokesyen Sekolah Rendah Islam & Tadika Islam Darul Thulab Kali ke-19 #Konvo19SRIDT

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi SAMMPS 2014