Ragam Nak Balik Asrama

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh kepada semua. lhamdulillah, kita sudah sampai pada hari Ahad, hari minggu. Dan semestinya, di Facebook anda, mahupun di Twitter anda, mahupun di ruang chat anda, pastinya sedang sibuk melayan karenah rakan-rakan anda yang hari ini ada di kalangan mereka akan kembali ke asrama. Cuba lah bagitau siapa yang suka balik asrama? Malah, ada yang memberi takhta PENJARA pada asrama.




Siap boikot lagi. Tak apalah kalau boikot asrama, tapi kalau sampai boikot sekolah, wallahualam saya katakan di sini, lebih baik anda buang impian anda untuk berjaya dan biarlah anda menanam anggur (menganggur) sahaja daripada memboikot sekolah. Kenapa perlu anda boikot sekolah? Sekolah dikatakan lebih dari ribuan di seluruh Malaysia. Dan rata-ratanya keluarga yang berkemampuan akan hantar anak mereka ke sekolah untuk memastikan anak mereka berjaya menempuhi segala onak liku yang akan menelusuri sungai kehidupan. Dan juga mengajar kita erti memanusiakan manusia.

Masa bergerak terlalu pantas sepantas jet pejuang (kata orang). Ada juga sepantas kelajuan cahaya (juga kata orang), dan ada juga yang mengatakan selaju Perdana Menteri berbicara (also kata orang). Jadi, nak buat macam mana? Cuti seminggu dikatanya sehari. Sebulan dikatanya sejam, setahun dikatanya sesaat. Pelik! Pelik! Sebab tulah Allah s.w.t. berfirman dalam surah yang anda tahu iaitu surah al-Asr, 'Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian...'. Kita dah jadi manusia yang rugi kerana membazirkan 24 jam yang Allah bagi. Yalah, mana taknya, lepas Subuh, tidur. Lepas Subuh, tidur. Ada yangtak solat Subuh langsung. Diqadanya Zuhur. Macam mana nak maju sedangkan seharian anda dipenuhi dengan tidur, tidur, tidur? Lapar je, makan. Bosan je televisyen, YouTube, Facebook dan sebagainya. Kadang-kadang mak bapak kita ajak pergi jalan-jalan, tak mhu pula. Sedangkan itulah masanya untuk anda bersama-sama meuangkan masa dengan ibubapa. Tak apalah, aku tak payah cerita benda ini pasal esok pun nak sekolah dah kan? Jadi, selamat kembali ke sesi persekolahan. Continue your study because you have paused it.

 Kerja rumah tak siap lagi? Nak buat macam mana, bukan salah guru yang memberi, salah murid juga yang tak mahu merasa.
 Kan bagus kalau ada segelintir pelajar yang ajak kawan-kawan mereka pergi asrama? Menggalakkan sifat belajar berdikari dalam hidup.
 Gaya percakapan macam berpisah bertahun-tahun. Padahal, jumpa je lagi bulan depan.
Oklah, aku nak bersiap sedi untuk kembali. Baiklah, kepada semua budk sekolah aku, jumpa esok di sekolah seawal 6.50 pagi. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Dan seperkara lagi ssebelum aku terlupa, kepada mereka yang tidak menyiapkan tugasan kerja rumah, bersengkang matalah malam ni di bilik prep. Ha tiga kali...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

[LIRIK] Isra' Mikraj - Nasyid SAMMPS 2014

Majlis Konvokesyen Sekolah Rendah Islam & Tadika Islam Darul Thulab Kali ke-19 #Konvo19SRIDT

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi SAMMPS 2014