Gadis Gedik - Aduh...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh kepasa semua yang berada di Malaysia mahupun di luar negara, tak kisahlah asalkan anda masih lagi hidup di muka bumi ciptaan Allah S.W.T. pada tahun 2012. Masih lagi terasa baru tahun ini, maklumlah awal tahun. Tup, tup, tak lama lagi nak masuk bulan Februari. Terasa singkatkan perjalanan masa? Oleh itu, manfaatkanlah walaupun sesaat kerana pejam celik, pejma celik tiba-tiba kita dah kerja! Ha! Jangan terkejut!
Baiklah, time aku pergi jalan-jalan dengan ibu aku (adik aku sekolah, bapa aku kerja), aku terfikir akan satu topik yang ingin dikupaskan kepada anda untuk kita sama-sama menambah mana yang perlu, dan menolak mana yang kelu. Iaitu gadis gedik.
Seperti yang anda semua maklum, gadis gedik ni nak kata bersepah, tidak. Ada tak gadis gedik yang berada di persekitaran anda? Lot rumah? Sekolah? Mesti ada. Walaupun tahun lepas mahupun time kita kecil.


"Hei,hei, bukan je gadis gedik tau. Laki pun ada?"


Ya, memang betul. Tak dinafikan. Mungkin lelaki gedik ialah lelaki yang lembut. Ala, kalau contohnya, dia cakap macam perempuan. Ataupun senang cerita, kalau korang dengarlah kawan korang bercakap dengan lelaki gedik tu mesti dia kata 'pondanlah you ni...'.


Nak tahu tak ciri-ciri gadis gedik ni macam mana?


1) Kalau dia cakapkan, mesti ada speaking English.


CONTOH:
Asri : Nia, saya minta maaf ya pasal pinjam buku awak tanpa keizinan.
Nia : Oh, you rupanya yang curi my book? You know that buku tu so important for me.


2) Kalau dia cakap, mesti bergerak tubuh badannya. Lenggok kanan, lenggok kiri.


You! (Confirm kepala dia melentok ke kanan, melentok ke kiri.)


3) Dari nama dia pun dah mencerminkan kegedikannya. Takkanlah nama Bedah pun gedik? Tapi orang sekarang, kalau namanya Fatimah, orang panggil dia Tyma. Kalau namanya Bakar, orang panggil dia Burn (bakar dalam bahasa Inggeris). Nak modern aja namanya!


3) Kalau bercinta, makin melentok-lentoklah... Pelik!


GG (Gadis Gedik) : Baby, jom tengok wayang. (sambil menggesel-geselkan kepalanya)


4) Itu bercinta, kalau benci.


GG : I hate you. Benci! Benci! Benci! (tumbuk-tumbuk lengan lelaki)


5) Seorang yang gila glamour, perasan dia cun. Ala, korang tengok jelah drama. Bersepah macam sampah.


6) Anak orang kaya (segelintir not all)


Sebenarnya, benda ini mengajar kita. Walaupun gadis gedik / lelaki gedik muncul di kalangan kita, tapi tak semestinya kita kena ketepikannya. Biar dia buat kelompok gediknya sendiri. Kita harus mendekatinya. Lentur peribadinya kerana biasanya gadis gedik ini sering kena kacau dengan lelaki (dan lelaki gedik biasanya kena kutuk dengan lelaki mahupun perempuan). Tapi, itulah yang menjadi punca kenapa ramai manusia suka berkawan dengan gadis gedik mahupun lelaki. Sebab, kalau:


- PANDANGAN TERHADAP GADIS GEDIK
L : Kalau kita dilanda masalah, gadis sepersonaliti begitu akan memujuk. Bagi nasihat. Kalau boleh, biar jelah gadis gedik tu jadi kaunselor.


(GG : You kena sabar, Wan. Meanglah si Rina tu taknak you, you tak jaga hati dia. You kena sabar, caring about her...)


P : Ok. Dia tak ada masalah dengan kita. Dia menggedik lantak dia. Tapi, kadangkala, gadis macam tu boleh dijadikan backup.


(GG : You jangan sentuh Tasya. She's my friend. Nanti I tumbuk you.)


- PANDANGAN TERHADAP LELAKI GEDIK
L : Juga sebagai kaunselor. Dan mestilah tidak menggemari sukan lasak. Jadi, mungkin dia isi masa lapangnya pergi perpustakaan atau whatever.


P : Lelaki gedik ni tak ambil kesempatan terhadap kita. Kalau bercinta dengan lelaki gedik pun tak kisah, dia tak ada nak terfikir nak kikis duit kita atau apa.


Oleh itu, buat perubahan. Kalau Allah dah tetapkan mereka jadi sebegitu, kita tak mampu menghalang tetapi mampu merubah. Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.









Ulasan

Catatan Popular