Bertualanglah Aku Di Internet

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Anda bersama aku yang alhamdulillah, sudah selamat sampai semalam walaupun hujan lebat di sini. Kat Sabak takde pula, ya tak? Apa-apaun, sempena Tahun Baru Cina ini, ketua warden aku yang amat disanjungi dari segi kepimpinan dan pemerintahannya, aku dan kawan-kawan diberi cuti seminggu.
Alhamdulillah juga, kerana sepanjang tiga minggu persekolahan yang memukau pandangan seorang calon PMR. Aku tengok semuanya tengah hangat dengan demam PMR. Yalah, dalam kelas aku, asyik sebut 9A, 9A, 9A. Siap dalam bilik prep asrama putera tu, ditulisnya '9A - 100 orang, 8A - 96 orang' (memandangkan jumlah tingkatan 3 ini seramai 196 orang). Uishh, hebat juga ya penangan PMR. Setakat ini, belum apa-apa kes yang mengganggu permulaan cerita, nanti kita tengok apakah konflik yang berlaku. (Macam novel jer...)
Semalam merupakan kejutan tak mengejut terhadap diriku. Aku masuk rumah, kemudian aku tengok ada dekoder sebelah dekoder Astro (ala, benda petak tu...). Aku tanya mak aku apa benda tu. Mak aku pun menjawab HyppTV. Aku dah mula dirasuk kebatakan yang melampau, aku tengoklah mak aku buat agar diterapkan dalam minda anak-anak mereka. Ada channel yang tak pernah aku tengok dan lebih dahsyatnya, tengok YouTube kat TV! Gila gempak! Alhamdulillah...
Tak cukup dengan itu, internet laju macam F1. Aku tengok YouTube takde pun buffering mengganggu. Dan setelah aku menyiasat, mak aku pasang UniFi (bukan mak aku je, bapa aku pun sama). Alhamdulillah. (Status ini berAlhamdulillah aja.)
Maklumlah, kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada. Yalah, kan Allah dah kata, kalau kamu bersyukur, maka Aku (Allah) akan tambah. Yalah, kalau time tu internet anda laju, ucapkanlah Alhamdulliah. Ini tak, terus buka benda yang tak sepatutnya ditonton oleh mereka yang belum mengenal erti perkahwinan dan sebagainya. Bukan sikap segelintir manusia yang bila internet laju je, mulalah perkataan maki hamun, caci-maki yang didengar 'sopan' dan ber'tatasusila' itu.
Baiklah, saya mengucapkan selamat tahun baru Cina kepada warga Malaysia yang merayai perayaan ini. Dan selamat 'bertualang' (bergempur) di Internet! 

Ulasan

Catatan Popular