Harap Maklum!

1:53 PTG Amirul Syafiq Abdul Mutalib 0 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh semua. Terima kasih kerana masih lagi setia bersama saya di Kelab ASPM Siber. Maklumlah, bukan senang nak dapat pengikut lebih dari sepuluh. Jadi, terima kasih bebanyaklah kepada mereka yang sudi dengan ikhlas di hati untuk menjadi pengikut atau bahasa senangnya followers macam kat Twitter tu.
Beribu kemaafan kerana Anugerah Status Paling Menyerlah tidak dapat diteruskan atas sebab-sebab tertentu. Tertangguh buat masa ini dan mungkin akan disambung pada tahun 2012 yang mengambil masa TIGA hari lagi dan kita pun dah tak lama lagi nak meneruskan sesi persekolahan...


BERSAMBUNG

0 ulasan:

9:44 PTG Amirul Syafiq Abdul Mutalib 0 Comments

26 DISEMBER 2011


+ Anugerah Status Paling Menyerlah +


Nantikan anugerah paling (entah) bersejarah (ke tidak, terpulang) yang akan berlangsung di internet anda menerusi ruang chat di halaman Anugerah Status Paling Menyerlah. 
Senarai calon akan dimaklumkan pada 26 Disember 2011...
PASTIKAN ANDA SERTAI CHAT TERSEBUT! Not just look-and-read! 

0 ulasan:

2 Minggu Lagi...

9:32 PTG Amirul Syafiq Abdul Mutalib 0 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh kepada semu yang masih lagi happening dengan suasana cuti sekolah yang gilang-gemilangnya dengan pelbagai rancangan tv yang menarik yang menarik perhatian penonton apatah lagi di kala malam bulan muncul sehinggakan ada yang tidur sehingga pukul 3.26 pagi kerana menonton filem asia (mungkin) atau filem P.Ramlee (mungkin) atau sebagainya.
Yang paling penting, mesti anda semua atau tak semestinya anda semua sudah membeli keperluan barangan sekolah yang akan menjengah 2 minggu lagi,kan?


"Relax la dulu. Lambat lagi..."


Lambat,ya? Cuba bangun tengok kalendar berapa haribulan lagi nak sekolah. Kalau tak nampak juga, hantuk-hantuklah kepala tu kat dinding ataupun cara senang pandang buku teks pinjaman yang anda dapat dari pihak sekolah. 
Yang belum beli tu, manfaatkanlah duti RM100 yang kerajaan bagi kat korang. Jangan gunakan untuk percutian pula. Amboi, lain tujuan pula dia!


Sedar-sedarkanlah diri bahawa 2 minggu lagi kita akan berpakaian seragam sekolah macam sebelum cuti sekolah yang lalu. Apa, ingat sekolah tu tak best ke? Kalau tak best, kenapa ada rakan yang anda add di sekolah.com? Dan dari situlah anda add rakan di sekolah anda di Facebook. Kalau tak suka pergi sekolah, kenapa ada nama guru di senarai rakan anda di Facebook? Berlambak-lambak halaman sekolah yang anda buat, kiranya komuniti antara pelajar-guru di alam maya. Wah, macam tu boleh lagi kata tak best!


Lagi satu, time belajar kat sekolah, lepas guru habis belajar je mesti buat kelompok ramai-ramai dalam satu team yang kita dah bentuk sejak kita enter school lagi. Biasalah,kan terutamanya perempuan yang suka buat adegan 'bini-biniku gangster' kat sekolah. Contohnya, yang geng tu dapat gelaran 'Gediksss...', dan sebagainya yang boleh ditafsirkan dengan cara komunikasi dan penglihatan serta pembawaan dari semasa ke semasa.
Yalah, kita ni jenis suka pilih kawan. Yalah, dah mak bapa kita pesan, 'pilih kawan yang elok bukan yang buruk'. Kalau pilih kawan tak elok, takut kita pulak yang tak eloknya.


Apalagi yang menarik pasal sekolah?
1. Andaikatalah mak bapa anda melarang dari bertemu kawan di luar rumah, ini masanya mengaplikasikan kata Nora Danish, 'kita enjoy!' di sekolah.
2.Kita boleh buat macam-macam asalkan tidak melanggar peraturan.
CONTOHNYA : Berbual-bual kosong mahupun berisi, atau aku rasa korang tahu. Yalah, dah bertahun-tahun duduk sekolah takkan tak faham kot?


Nampak? Siapa kata sekolah tak best? Lagi best dari MyVi Lagi Best. Lagi bset dari Mid Valley atau sebagainya yang korang cuba agung-agungkan. Lagipun, belajar dapat ilmu dengan ilmu kita bawa diri kita yang akan menentukan masa depan kita. Jika tidak menjadi orang yang berilmu, baik berhenti sekolah dari membazirkan ribuan ringgit yang mak bapa korbankan untuk kita dari titik peluh mereka. Ingatlah! Bak kata penceramah Prof. Izzi Hj Ali, renung-renungkan dan selamat beramal. 

0 ulasan:

Hati-Hati Dengan IT!

2:06 PG Amirul Syafiq Abdul Mutalib 0 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh kepada semua yang melayari bahtera Kelab ASPM Siber yang sarat dengan informasi atau status berinput dan berguna untuk kita kongsi bersama. Berharap agar hari ini dapat menjadi hari yang bermakna kepada semua kerana pada hari inilah hari kita untuk kita nikmati dengan sewarasnya (apa aku cakap ni? Biasalah, SLAM... Status lewat malam!)


Baiklah, hari ini aku macam biasalah kalau dah nampak status meacam ini, takkan pulak sepupu aku buat (lainlah kalau aku kongsi e-mel dan password bersama, itu lain cerita.)
Hari ini, aku nak kongsi satu status yang aku rasa benda ini ada kaitan dengan korang atau mungkin anda akan menjadi mangsa seterusnya.


Facebook, Twitter, Blogger dan beribu laman sosial yang kita ada atau miliki sekarang ini boleh mem'bunuh' kita sama ada sedar atau tidak. Aku bagi situasi sebegini, cubalah anda bayangkan:


Ada makhluk Allah membuka profil anda dan membuka ruangan gambar anda. Dari situ, dia akan melihat gambar yang anda muat naik atau upload untuk kongsi dengan kawan. Dia pun apa lagi terus mengklik gambar anda dan save as picture. Ini bermakna dia telahpun memiliki gambar anda secara unfficialnya.
Syaitan ini suka menghasut ke arah benda yang tak elok dan salah di sisi agama. Si Makhluk Allah ini telah membuat satu blog dan menggunakan gambar anda sebagai 'penulis' blog itu. Padahal anda tidak menyedari perkara itu malah tak tahu langsung. Lalu, dari situ, dia pun menulis perkara yang bukan-bukan menyebabkan anda tanpa disedari dibenci dan dimaki serta dikutuk di alam maya. Dan officialnya anda akan disisih oleh kawan anda di sekolah yang mengetahui hal itu.


Macam mana kalau benda itu kena timpa pada kita? Macam baru-baru ni, ada kes 'fitnah IT' yang aku baca di Internet. Hanya kerana penulis blog palsu yang menggunakan orang lain punya identiti mengutuk pasal benda yang remaja zaman sekarang suka, terus status tu dihujani dengan lebih 1,400 komen! Astagfirullah! Ramai yang mengutuk, maki hamun semua tu. Ya Allah! Kesian orang yang difitnah itu! Kalau korang nak tahu pasal kes ni, pandai-pandailah korang cari di Mr.Google...


Macam mana tu? Allah S.W.T. dah bagi kita kesenangan dengan internet apa semua tapi korang menyalahgunakan kesenangan yang Allah bagi. Macam Hanis Mat Shom kata kat aku, orang ni sentiasa tak puas dengan apa yang dia ada. 


Jadi, aku berpesan dengan kawan ITku ini, jangan jadi mangsa IT. Hanya kerana IT, anda akan mendapat sengsara atau ditimpa ujian yang anda taknak tapi anda dapat.
Berhati-hati dengan IT! Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!]


ASPM: Komputer aku dah repair balik dan elok! Alhamdulillah! Kalau tak, tak adanya status lewat malam ini! Haha!

0 ulasan:

Hukum Tepuk Tangan

2:05 PTG Amirul Syafiq Abdul Mutalib 0 Comments

KEBIASAANNYA bertepuk tangan disaksikan ketika menghadiri majlis keramaian dan persembahan. Sudah menjadi kebiasaan majlis berbentuk Islam sunyi daripada tepukan gemuruh penontonnya. Bahkan suasana sedemikian menampakkan kesuraman sesuatu program.
Apabila diteliti permasalahan ini, timbul beberapa perbahasan dalam kalangan sesetengah orang agama bahawa bertepuk tangan itu diharamkan. Ada pula mengeluarkan pendapat pelik ia boleh menyebabkan syaitan melahirkan anaknya.

Malah ada yang mencadangkan jika ingin menepuk tangan maka tepuklah dengan belakang tapak tangan sebagai isyarat gantian. Persoalannya adakah ini sesuatu ditetapkan agama. 

Walaupun ada dibahaskan dalam bab solat oleh ulama asy-Syafi’iyyah seperti Imam Ramli dan al-Bajuri, namun ia tidak membabitkan hukum menepuk tangan di luar solat. Maka, ada pendapat mengharamkannya berasaskan penghujahan dalil tertentu. 

Firman Allah SWT bermaksud: “Tiadalah solat atau ibadah mereka di Masjidil Haram selain muka’ (siulan) dan tashdiyyah (tepuk tangan). Maka rasakan azab disebabkan kekafiran kamu.” (Surah al-Anfal ayat 35) 

Pentafsir mentafsirkan ayat ini mengatakan perkataan al-muka’ (siulan) dan al-tashdiyyah (tepuk tangan) yang dimaksudkan dalam surah al-Anfal ialah perbuatan orang kafir yang mengganggu solat dan bacaan al-Quran Rasulullah serta kaum muslimin. 
Tepukan dan siulan itu mendatangkan rasa tidak senang kepada Rasulullah dan orang Islam sehingga Rasulullah menegah perbuatan berkenaan. Ini pandangan paling tepat dalam menceritakan sebab turunnya ayat menurut Imam Jalaluddin as-Suyuti.

Al Qurtubi pula merujuk kepada pendapat Ibnu Abbas mengatakan, masyarakat Quraisy jahiliah melakukan tawaf di Masjidil Haram dengan bertelanjang, bertepukan dan bersiulan. Pada pandangan mereka ia adalah ibadat. Ini juga pandangan Mujahid, As Suddi dan Ibnu Umar.

Merujuk sebab turun dan kisah di sebalik ayat 35 surah al-Anfal ini, jelas pengharaman tepuk tangan secara umumnya adalah kepada orang yang meniru perbuatan orang kafir dalam melakukan ibadah. Jika ibadah solat diselang-selikan dengan bertepuk tangan maka secara jelas diharamkan.

Bagaimanapun, mengharamkan hukum menepuk tangan ketika di luar solat adalah pengambilan dalil yang bukan pada tempatnya kerana ayat berkenaan tertuju kepada mereka yang melakukan ibadat dengan cara bertepuk tangan. 

Sudah jelas kepada kita bertepuk tangan dalam solat seperti orang jahiliah adalah dilarang. Namun, menepuk tangan di dalam solat dan di luar solat berbeza. Maka penyabitan hukumnya juga berbeza.

Begitu juga sebahagian pendapat mengatakan menepuk tangan diharamkan kepada lelaki berasaskan dalil hadis sahih yang bermaksud: “Barang siapa yang ingin membaiki kesalahan dalam solat hendaklah dia bertasbih (dengan berkata subhanallah). Sesungguhnya apabila dia berkata demikian, imam akan berpaling kepadanya (memberi perhatian). Dan sesungguhnya bertepuk tangan itu adalah khusus untuk wanita.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 

Perbuatan itu dilarang kerana termasuk dalam tasyabbuh (menyerupai) wanita seperti dinyatakan hadis bahawa hal semacam itu hanya khusus bagi wanita ketika memperingatkan imam yang tersilap dalam solat sementara lelaki disuruh mengingatkan imam dengan ucapan tasbih. 

Hadis ini khusus mengenai bertepuk tangan dalam solat. Kes berlaku apabila seorang imam melakukan kesilapan maka makmum wanita hanya boleh menepuk tangan sebagai isyarat membetulkan imam. Ia tidak boleh menjadi dalil menegah bertepuk di luar solat seperti disebut oleh Al Imam Ibnu Hajar Al Haitami.

Pengharaman hukum menepuk tangan dalam sesuatu majlis itu tertolak kerana masih lagi didasari dalil agak lemah. Penulis cenderung kepada pandangan beberapa ulama yang membenarkannya seperti Syeikh Atiyyah Saqr, yang mengharuskannya kerana tiada dalil mengharamkan.

Menurut kaedah fiqh Islam, asal sesuatu perkara adalah harus. Maksudnya, sesuatu perkara yang tidak diberitakan oleh syariat dipandang harus hukumnya. Namun, ia boleh menjadi haram mahupun wajib jika disertakan dalil yang menyuruh.

Pengarang kitab al-Hafl al-Zifaf fi al-Fiqh Islam, Syeikh Rafiq Abd Aziz As-Sobbagh, berkata tepuk tangan perbuatan manusia yang biasa. Hukumnya berdasarkan faktor ia dilakukan. 

Hukum bertepuk tangan dalam majlis asalnya mubah (perkara diharuskan) sebab bertepuk tangan termasuk perbuatan jibiliyah (af’al jibiliyyah) yang hukum asalnya mubah, sepanjang tidak ada dalil mengharamkan.

Perbuatan jibiliyah adalah perbuatan secara alamiah (fitrah) dilakukan manusia sejak penciptaannya dan menjadi bahagian yang tidak terpisah dari sifat kemanusiaannya seperti berfikir, bercakap, berjalan, berlari, melompat, duduk, makan, minum, mendengar, melihat dan seterusnya.
 Menepuk tangan itu sesuatu yang diharuskan syarak. Ia boleh menceriakan sesuatu majlis terutama bagi menggembirakan kanak-kanak. Walaupun begitu, hukumnya boleh menjadi haram apabila bertepuk tangan dalam pertunjukan hiburan yang tidak syarak, pembukaan aurat atau menghina serta mengejek orang lain.

Bertepuk tangan di luar solat sama ada di majlis keramaian adalah harus pada hukum syarak. Yang ditegah adalah sewaktu solat ataupun mengaitkannya dengan ibadah. Begitu juga niat orang yang bertepuk tangan untuk mengejek, menghina ataupun memuji orang yang tidak sepatutnya.

Tegakkan hukum agama atas dasar hujah dan dalil kerana agama tertegak bersandarkan kepada al-Quran dan sunnah, bukannya dakwaan atau sangkaan semata-mata tanpa menilai dari mana asal usulnya.

0 ulasan:

Sekolah

1:51 PTG Amirul Syafiq Abdul Mutalib 0 Comments


Biasalah kan, kalau dah waktu persekolahan. Anak-anak kita susah nak bangun ke sekolah. Macam Abu ni, memang berat badan nak bangun pergi sekolah. Begini ceritanya...Jam sudah pun menunjukkan pukul tujuh pagi. Abu masih lagi berdengkur. Emaknya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

Emak: Abu, Abu, bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.

Abu: Alah mak… Abu tidak mahu pergi ke sekolah!

Emak: Apa? Tidak mahu pergi sekolah?! Baik… Abu berikan emak dua sebab mengapa Abu tidak mahu ke sekolah.

Abu: Semua murid-murid tak suka Abu. Guru-guru di sekolah pun tak suka pada Abu!

Emak: Itu bukan alasan bagi ABu untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!

Abu: Baiklah, sekarang emak pula berikan Abu dua sebab mengapa Abu mesti pergi ke sekolah.

Ibu: Abu dengar baik-baik, pertama, Abu sudah berusia lima puluh tahun, kedua Abukan PENGETUA SEKOLAH.. !!!

Renungkan dan fikirlah sendiri...

0 ulasan:

Banyak Persoalan Yang Berada Di Minda...

12:54 PTG Amirul Syafiq Abdul Mutalib 0 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh kepada semua pengikut semua dalam satu laman blog yang tidak terkemuka dan terkemut-kemut isi kandungnya yang digelar sebagai Kelab ASPM Siber, satu blog komuniti bersama-sama mengejar dengan kaki kita satu ukhuwah yang akan termetri sampai bila-bila. Barulah aku noktah di sini. Ha tiga kali...

Baiklah, pada hari ini, aku bukan hendak melalut melayan secebis perasaan yang melukut di tepian gantang mahupun di tepi pantai yang indah yang mana aku duduk seorang diri pasal hari ini orang bekerja memegang kerjaya tersendiri. Tetapi, macam biasalah, takkan orang login kat blog dia semata-mata nak main masak-masak dengan adik atau nak pergi Johor Bahru berdasarkan Google Maps kot... Semestinya blogger-blogger yang ada di atas muka bumi ini ingin mengemaskini atau bahasa yang paling senang orang faham adalah update blognya gar blognya tidak berlonggok dengan status yang dikirimnya dahulu.

Status kita pada hari ini adalah petikan daripada sebuah korus lagu yang aku rasa tak perlu disebutkan tajuk lagu dan penyanyinya kerana saat anda membaca tajuk di atas anda mesti terikut nyanyi, betul atau tidak? Banyak persoalan yang berada di minda kita saat kita sedang bercuti. Samalah juga jika anda menonton filem Ombak Rindu punya trailer, banyak persoalan yang automatik didownload contohnya:

Apasal macam tu,
Apasal macam ni,
Apasal jadi macam itu,
Apasal jadi begini?

Kenapa persoalan ini penting dan selalu muncul setiap hari dalam kehidupan kita? Penting, di antaranya adalah:
1. Membuktikan yang korang ni ada otak. Itu paling penting sekali!
2. Kalau tiada persoalan maka tiada jawapannya. Baik kerjaan tak perlu buat kertas periksa atau lagi senang tiada peperiksaan...
3. Cuba bayangkanlah pelajar sekalian, macam manalah mata pelajaran KOMSAS kita jika tiada persoalan novel / antologi kita,kan?


Persoalan ini penting dalam kehidupan kita bagi membuktikan kepada kita yang kita perlu berfikir. Jika tidak berfikir, maka baik kita buang je otak kita. Mungkin korang baisa dengar, mungkin mak bapak atau cikgu kita atau kawan-kawan kita kata: "Ada otak, taknak fikir." 
Tapi, lain dengan zaman sekarang. Dah tahu benda tu salah, dia pergi buat. Padahal ada otak, memang layaklah kalau kata-kata hikmah 'ada otak, taknak fikir' tu sebati dalam diri korang. Sebab tulah, kita kena ada persoalan. Tapi, kalau kita boleh berfikir tapi tak boleh menentukan mana yang baik atau mana yang buruk, tak payah jadi orang. Lebih baik jadi memerang. Kata Nabil Maharaja Lawak, lu pikirlah sendiri.


Baiklah, itu sahajalah yang dapat saya tinggalkan kepada kita. Sebelum mengakhiri status ini, saya tinggalkan anda dengan persoalan ini:
1. Apakah yang selalu mengganggu anda di saat anda sedang diganggu?
2. Apakah yang selalu anda buat di saat anda sedang buat benda yang selalu anda buat?


Rumit tapi fikirkan. Salam berfikiran daripada ASPM. Assalamaulaikum!

0 ulasan:

Ikut Jangan Boikot, Patuhi Jangan Jauhi

10:49 PG Amirul Syafiq Abdul Mutalib 0 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh pembuka status,
Apa khabar pembaca dan pengikut yang dihormati,
Semoga semuanya sentiasa sihat dan bagus,
ASPM memohon agar kita bersatu hati...

Dua tiga kucing berlari,
Takkan kucing merangkak pula,
Dari hari hingga ke hari,
Macam biasa, kita hidup kerana Allah...

Dua kali dua empat,
Empat kali bola melantun,
ASPM bukan sakit melarat,
Saja hari ini hendak berpantun...

Tajuk status sungguh unik,
Sebagai santapan minda bersama,
Jangan takut, jangan panik,
Kita baca ikut irama...

Apa maksud ikut jangan boikot,
Maksudnya patuhi jangan jauhi,
Ikutlah mana yang patut ikut,
Jangan melencong ke arah salah-menyalahi...

Cukup sahajalah ASPM berpantun,
Kita convert terus ke ayat,
Sebab ASPM tak reti berpantun,
Tiada idea untuk mengayat...

Baiklah, itulah pantun untuk kita (tidak) gelak bersama.

Saban hari, kita asyik mendengar pelbagai kes vandalisme atau gangsterisme atau -isme yang lain yang boleh ditaruk imbuhan akhirannya. Yalah, semuanya orang remaja yang buat. Takkanlah mak bapa pula. Mak bapa kita kan kerja kat pejabat atau kerja-kerja yang sama waktu, taraf dan tempat dengannya. Kita di sekolah ini macam mana? Kes-kes berleluasa tanpa kira masa mahupun tika berlaku. Contohnya, bising terlebih volume dalam kelas, membuli, buang sampah dan sebagainya. Macam mana kita nak atasi, anda bertanya? Nak atasi macam mana, kalau dah setiap kali perhimpunan cikgu asyik cakap benda sama je. Macam orang kata, welcome into right ear but get out from left ear. Bahasa sopannya, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Bahasa kasarnya (yang tak boleh ditranslate di Google Translate mahupun mana-mana laman sosial / web) adalah pekak nasihat. Pengetua kita, Guru Besar kita, Manager kita, General atau sama taraf dengannya takkanlah tak pernah bagi nasihat? Nasihat dengan 1000 kali, tapi anak buahnya, anak didiknya macam... nauzubillah. 

Macam mana orang kita nak maju sedangkan diri kita pun tak majukan? Tak upgrade atau update? Nasihat bukannya ikut, tapi boikot. Benda baik taknak patuhi malah jauhi.  Cuba kita amalkan orang-orang yang hebat kita kenal. Macam Najwa Latif kata : HARUS PEJAM MATA DAN CUBA APA SAJA... Maksudnya, bukan pejam mata terus lalu buat. Memang melanggar apa saja lah macam orang buta. Cuba kita pejam mata dan buat sedikit muhasabah diri memunasabahkan hati. Jangan kita fikir benda lain contohnya 'bila aku nak kahwin' atau 'bilalah aku nak bergaji besar' ke apa. Tapi fikir 'aku baik ke sekarang ni?' 'aku disenangi tak?' 'dah cukup ke amal ibadat aku untuk menghadap Penciptaku nanti'. 

Kita sebenarnya boleh buat tapi malas nak buat,
Kita sebenarnya tahu buat tapi kita ragu-ragu nak buat.
Macam mana tu?

Renungkanlah. Ikut jangan boikot, patuhi jangan jauhi.
Kalau kita tak majukan diri kita, samapi bila-bila masa depan kita tidak disuluh dengan 'torchlight' saat 'blackout' nanti...

0 ulasan:

Anugerah Status Paling Menyerlah

12:35 PTG Amirul Syafiq Abdul Mutalib 0 Comments

Dua calon setakat ini disenaraikan

Kata-Kata Aku & Si Budak Yang Pelik dicalonkan

INTERNET, 9 DISEMBER 2011 - Baru-baru ini, Kelab ASPM Siber telah menubuhkan satu anugerah untuk blog-blog (yang menjadi bahan bacaannya) di bawah bacaannya (atau yang pernah dibaca). Anugerah Status Paling Menyerlah di mana status pada sesuatu blog itu jika bagi ASPM itu menepati kriteria yang ditetapkan. Kriterianya adalah seperti berikut:

1. Tidak bosan
2. Memukau
3. Tidak melalut
4. Berinformasi
5. Tak kisah berapa patah perkataan

Maka, pencarian blog sudah bermula di mana blog yang dipilih oleh ASPM adalah blog Kata-Kata Aku dan Si Budak Yang Pelik. Berikut adalah status yang menepati kriteria di atas serta komentar ASPM:

STATUS PALING MENYERLAH KATA-KATA AKU:

1. Tension? Stress? Tertekan?

KOMEN : Status ini menekankan tentang perasaan dan cara mengatasinya dengan melihat sesuatu. Boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Tapi, tak adalah sampai aku nak letak 'Status Must Read' (Status Wajib Baca). Aku nak letak status boleh diaplikasikan.
MENEPATI KRITERIA : Berinformasi, tidak melalut, tidak bosan.


STATUS PALING MENYERLAH SI BUDAK YANG PELIK:


1. 7 Cara Jadi Pendengar Yang Baik Kepada Perempuan

KOMEN : Status yang bagus kerana ini mengajar kepada semua lelaki agar pandai menjaga hati wanita yang primitif (mungkin...)
MENEPAT KRITERIA : Tidak melalut, berinformasi. 


Jadi, jika anda mempunyai blog (yang ada rasa) statusnya menepati kriteria di atas, silalah tinggalkan link blog anda di bawah. (Bukan link blog tapi link status blog...). Adakah anda mempunyai STATUS PALING MENYERLAH? Tarikh tutup penyertaan adalah 25 Disember 2011 bersamaan 29 Muharram 1433H dan Anugerah Status Paling Meneyrlah 2011 akan diumumkan di Kelab ASPM Siber. (Halaman akan diterbitkan tidak lama lagi...)

 

0 ulasan:

Isyarat

12:09 PTG Amirul Syafiq Abdul Mutalib 0 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh kepada semua yang sudah bangun dari kepekatan malam dan sudah bersedia untuk menghadapi hari Jumaat yang bersinar dek bawah sinaran mentari yang terik sekali. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah kerana dengan limpah dan kurniaNya serta kekuasaanNya kita masih lagi boleh rasa diri kita pada waktu pagi, saat kita sedang membuka mata selepas tidur (entah berapa jam, mungkin anda tidur lewat. Maklumlah, cuti sekolah...) kita masih lagi bernyawa selapas mati sementara.

Baiklah, apa khabar semua? Sihat? Alhamdulillah. Baiklah, pada hari ini, sebelum saya pergi menjejakkan kaki untuk menunaikan kewajipan iaitu solat Jumaat, saya ingin meninggalkan sebuah status yang mungkin kita tak berapa perasan atau mungkin kita perasan tapi buat-buat tak perasan atau mungkin kita perasan tapi perasan tak berperasaan.

Isyarat. Isyarat yang aku nak tunjuk sekarang ini adalah isyarat jalan raya yang selalu kita pandang tapi kita tak faham makna yang tersirat. Ada sebenarnya makna yang tersirat di sebalik semua paparan yang di'tegak'kan oleh Jabatan Kerja Raya. Jom kita sama-sama hayati dan fahami situasi di bawah yang dilakonkan oleh artis naungan Kelab ASPM Siber.

1. Kurangkan Laju

Amirul : (Memandu) Kau tengok signboard tu. Apa maksudnya?
Ikhwan : Kurangkan kelajuanlah.
Amirul : Ya. Aku tahu tapi kurangkan laju di sini membawa maksud... cuba kurangkan kelajuan kau berfikir atau kelajuan kau mengerdip mata kau.

2. Kenderaan Berat Ikut Kiri

Amirul : (Tidak memandu, just menumpang) Ikhwan, kau dahlah bawa kereta berat. Cuba kau tengok signboard tu. Kenderaan berat ikut kiri.
Ikhwan : Kenderaan aku bukan berat. Kenderaan aku jenama Proton Waja. Yang jenama Berat je ke kiri.

(Agaknya kalau dibuat Kenderaan Waja Ikut Kiri...T_T)

Aku rasa dua itu je kot yang boleh kita manipulasikan untuk tatapan bersama.

0 ulasan:

PERINGATAN!

8:55 PTG Amirul Syafiq Abdul Mutalib 0 Comments

Kepada semua pengguna Facebook yang menghantar permohonan aplikasi (seperti Farmville etc.), ASPM tidak akan melayan kerana ASPM tidak berminat sama sekali dengan aplikasi yang diuar-uarkan oleh Facebook. Jadi, segala permohonan anda amatlah sia-sia. Harap maaf. Harap maklum!

0 ulasan:

Rezeki

8:53 PTG Amirul Syafiq Abdul Mutalib 0 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh kepada semua. Macam mana percutian anda? Adakah dilanda ombak rindu atau banjir yang membadai? Janganlah sedih. Itulah merupakan 'peperiksaan' lazim yang sering atau selalu atau wajib ditempuhi oleh semua manusia di atas bumi ini.
Alhamdulillah, pada bulan Disember 2011 ini merupakan minggu rezeki bagiku kerana percutian (yang tidak diberitahu oleh ibubapa) ku ini orang putih kata, non-stop. Orang Melayu kata, tanpa henti. Yalah, pada 29 & 30 November 2011, aku bercuti di Shah Alam. Kemudian, pada 4 & 5 Disember 2011, aku bercuti pula di Melaka. 
Ya. Itulah yang dinamakan rezeki. Rezeki ini kadangkala datang tanpa kita minta dan tanpa kita ketahui bila datangnya. Aku rasa semua pernah dapat rezeki. Contoh rezeki yang selalu kita dapat adalah nyawa. Yalah, orang selalu kaitkan nyawa dengan bersyukur kerana kita masih lagi hidup. Oksigen, atmosfera dan semua ciptaan Allah S.W.T. adalah rezeki. Ciptaan manusia pun rezeki bagi kita. Contohnya, kita ada i-Pad, korang fikir orang yang lain mampu ke beli i-Pad? Jadi, kiranya korang kena bersyukur, grateful to Allah altough the i-Pad is human's creation. (Ha, kan dah masuk speaking English...)
Oleh itu, hargailah dan syukurilah kerana syukur itu merupakan licensed key untuk kita dapatkan rezeki dengan lebih premium lagi. Macam korang download sesuatu aplikasi yang memerlukan licensed key untuk kita dapat lagi kelebihan. Kita mesti beli aplikasi itu, baru kita dapat aplikasi totalnya. Betul tak? Orang kata, trial gitu...
Jadi, jadilah orang bersyukur. Korang mesti pernah dengar, jika kamu bersyukur, maka Allah akan tambah. Jadi, syukur pada rezeki, akan berlipat kali ganda.
Itu sahajalah dari ASPM. Kita jumpa di status yang lain pula. Stay tuned in Kelab ASPM Siber!

0 ulasan:

Kelab ASPM Siber 'Memburu' Status Terbaik

9:18 PTG Amirul Syafiq Abdul Mutalib 0 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Apa khabar pengikut (setia ataupun tidak, wallahua'lam) Kelab ASPM Siber? Macam mana dengan percutian anda yang (mungkin) cukup indah dan bermakna? Harap indah-indah belaka. Maklumlah, kita hanya mempunyai sebulan sahaja untuk ber'cerekarama' di bulan penuh cuti ini.
Ya, hari ini aku nak pergi memburu di hutan Internet untuk mencari status siapakah yang layak menggondol Anugerah Status Paling Menyerlah (ASPM). Selama ini, aku asyik membaca blog orang macam blog Kata-Kata Aku tulisan Nurhanis Mat Shom. Adakah blognya mempunyai status yang terbaik? Entahlah. Takkanlah seorang sahaja calon untuk ASPM ini? Jadi, jika anda rasa blog anda paling layak menerima ASPM ini, tinggalkanlah link anda di komen status ini. Ingat! Hanya yang aku kenali sahaja yang layak menerima. Jika anda dari SAM Muhammadiah Pekan Sabak, Rakan Facebook aku, Twitter atau pengikut Blogger aku (yang memang confirm wajib aku kenal), memang andalah yang aku cari.
Jangan risau. Aku tidaklah sejahat mana untuk menyakitkan hati orang. Contohnya, blog itu tidaklah bagus statusnya tak adalah sampai aku tinggalkan komen 'perbaharui status anda' atau selebihnya yang mungkin mengguris hati walaupun ayatnya baik dipandang tapi hati ditendang. Ingat, jangan sampai tangan berbicara, jangan sampai kaki berbahasa!
Baiklah, habis cerita, tutup buku tentang Anugerah Status Paling Menyerlah. Kita cerita bab lain pula.
Aku dah tiada idea untuk berbicara.
Oklah, nantikanlah status yang baru, kan senang? Ya tak?



0 ulasan: