Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2011

Ya Allah... Aku Bersyukur!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga aku online pada bulan Oktober ini. Maklumlah, sekarang ni demam peperiksaan semakin terasa dan menyebabkan hatiku berkobar-kobar untuk mencapai kejayaan untuk Peperiksaan Akhir Tahun 2011. Kau orang fikir senang? Mungkin di kalangan rakan-rakanku bersependapat dalam hal yang sama. Baiklah, hari ini aku berasa bersyukur sangat-sangat dengan kurniaan yang Allah telah berikan yang mungkin sebilangannya sudah tahu yang aku ni agak terror dalam BM bukan terrorist...Haha! Masa mata pelajaran Cikgu Noraini tadi, Cikgu Noraini telah mencipta suasana perbahasan dengan tajuknya "Kemasukan Buruh Asing Banyak Memberi Kesan Positif berbanding Kesan Negatif". Semua memberikan hujah yang padu dan tidak kurang juga yang membangkangnya. Penyokong - lelaki, pembangkang - perempuan. Jadi, semua memberikan semaksima yang mungkin segala hujjah yang padu untuk mematahkan serangan masing-masing. Kemudian, rakan lelaki ya…

Zikir Personalize Myself

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh.
Apa khabar semua? Saya berharap agar semua sihat walafiat sentiasa.
Mungkin anda tertanya-tanya, apakah yang dimaksudkan dengan zikir Personalize Myself. Sebenarnya, zikrullah ini akan menggambarkan diri aku macam mana. Jom kita padankan dengan diri kita.

SUBHANALLAH, internet laju malam ini.ALHAMDULILLAH, sampai juga aku dengan selamat kat rumah ini.MASYAALLAH, aku tak buat persediaan untuk peperiksaan akhir tahun!NAUZUBILLAH, boleh buang masa lagi!ASTAGFIRULLAH, aku kena taubat ni!INSYAALLAH, aku boleh diberikan peluang untuk mengubah...  Jadi, daripada kita memaki-hamun, mencarut-marut, lebih baik kita berzikir.