Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2011

Pantun Aidilfitri Lebaran Syawal

Amirul bersarung kain pelikat
Di pandang sekali nampak cantik,
Bila beraya jangan buat jahat,
Jaga adab biar Islamik.

Kaum Muslimin berbaju Melayu,
Kaum Hawa berbaju kurungnya,
Menziarahi pusara merasa sayu,
Tapi apakan daya Allah menjemputnya.

Cantik sedondon ibubapaku ini,
Padan warnanya cantik menawan,
Di hari raya berwajah rapi,
Biar semarak hari lebaran.

Satu dua tiga empat,
Rendang serunding lemang ketupat,
Pelita menyala malam mengamat,
Gembiranya rasa memang teramat.

Berlalu Ramadhan tibalah Syawal,
Sebulan berpuasa penuh dugaan,
Datang masjid awal-awal,
Solat Sunat Hari Raya jangan dilambatkan.

Bapaku pulang dari kota,
Bapaku beli baju raya,
Bapaku bawa dengan kereta,
Bapaku bawa ke kampungnya.

Ibuku mencantikkan rumahnya,
Disusun dengan kad hari raya,
Bapaku menyusun kuih raya,
Adikku mengisikannya dalam balangnya.

Syawal menjelma mengusik hati riang,
Doakan aku maaf dipinta,
Hatiku berasa sungguh tenang,
Bila menyambut hari raya.


Bila takbir dilaungkan,
Semua orang pergi ke masjid,
Bila tiba 10 akhir Ramadh…

Ucapan Lebaran

Assalamualaikum Warahmtullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah, aku selamat juga tiba di rumah aku dalam suasana yang sibuk dalam melakukan persiapan raya. Ya, jika wujudnya post di sini, itu memberi petanda aku telah sampai ke rumah. Esok, aku akan berangkat ke kampung, jadi terus direct ke rayalah pulangnya. Jadi, aku telah membuat perubahan drastik terhadap blog aku. Suka tak? Moga sukalah...Jadi, aku nak membuat ucapan raya tetapi dalam bentuk puisi.Ok, dengar ya.Puisi ni aku bikin sendiri tak de nak menciplak dari laman web yang lain...

Di sini aku meminta maaf Setiap insan tidak terlepas dari melakukan khilaf, Sempena lebaran yang mulia ini, Aku menyusun sepuluh jari, Menagih ampun atas kesalahan diri.
Aku bukannya insan sempurna, Aku hanya hamba yang alpa, Aku berharap Aidilfitri yang mulia, Menjadi penyambung ukhuwah kita.
Berkatalah yang baik di hari raya, Pohonlah maghfirah kepada Yang Maha Esa, Panjatlah kesyukuran tidak terhingga,
Ramadhan diberkati Syawal dirai Adakah Ramadhan membentuk anda …

Hari Ini 6 Ramadhan 1432H

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadratillah kerana masih diberikan kesempatan untuk hidup apatah lagi hidup di bulan Ramadhan yang mulia ini.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. kerana membawa dua nikmat kubra iaitu nikmat iman dan Islam.
Alhamdulillah, saya pasti mungkin ada di antara kita sudah bersahur dan menunaikan solat Subuh atau mungkin terlepas menempah keberkatan sahur,tidak mengapa. Asalkan, ibadah puasa kita dapat jalani dengan sempurna dan tawadhuknya.
Ok...
Jadi, saya berdoa agar kita dapat mengekang nafsu kita dari melakukan perkara yang taghut kepada Allah,insyaAllah.
Jadi, saya tak mahu ulas lagi panjang. Don't skip your fasting (betul ke tak BI aku ni?)!Ok,assalamualaikum...