Jangan Pendamkan Kemahiran Anda!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdulillah, segala puji ke hadrat Allah kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kita bersama-sama mengecapi nikmat yang Allah telah berikan kepada kita.Cuba tengok orang zaman sekarang. Kita samakan dengan firman Allah dalam surah as-Sajadah, ayat 9 yang bermaksud: Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalamnya roh -Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati;  kamu sedikit sekali bersyukur. Jadi, jadilah kamu seorang yang bersyukur. Jangan sampai Allah dah 'delete' nikmatNya, kita merayu agar ada 'backup' untuknya. Sorry, any words can't be accepted except taubat nasuha anda doa. So, jom kita 'rebuild' balik iman kita agar segala yang kita kecapi ditatahkan dengan kesyukuran.

Aku nak tanya anda semua, sidang pembaca. Adakah anda bangga jika anda mengecapi sesuatu kejayaan yang dibuahkan melalui titik usaha anda sendiri? Confirm sembilan puluh sembilan poin sembilan puluh sembilan peratus kan? Takpun, jimatkan status 100%. Ya, seperti yang anda lihat di sebelah yang menjadi kebanggaan saya (tolong... saya taknak riak. Nanti terbang amalan saya!). Macam sidang pembaca (yang mungkin ada blog seperti saya), mereka akan memaklumakna atau menyiarkan bukti bahawa mereka boleh buat. Macam mana mereka boleh buat? Mestilah daripada minat. Selain itu? Daripada usaha. Tanpa usaha dan minat, mungkin tidak akan terabur sijil yang anda koleksikan di dalam fail peribadi anda. Semua benda ini penting untuk menyerlahkan lagi masa depan anda selain menunjukkan kepada masyarakat tentang bidang dan potensi yang anda miliki. Jadi, jangan pendamkan kemahiran anda! Anda sepatutnya merasa bangga dan bersyukur ke atas nikmat Allah yang diberikan. Tengok, banyak perkaitan antara bersyukur dan kebanggaan. Jadi, jom tunjukkan bahawa umat Islam abad ini boleh buat. Cuba kita bangkitkan kegemilangan seperti zaman Nabi, kan?
Baiklah, di kesempatan ini, ASPM ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Biasalah, Aidiladha ini mesti penuh dengan kegembiraan dan kenikmatan di samping merasa daging korban.Haha! Baiklah, hari ini aku berusia 14 tahun sehari akibat hari ulangtahun kelahiran semalam. Dan seperti biasa (bukan semalam ke?), doakan aku agar dapat menservis kembali komputer aku yang dah rosak itu. Ok, selamat maju jaya kepada calon SPM. Teruskanlah kehidupan dengan dua nikmat; nikmat Iman dan Islam.Ok, Assalamualaikum!

Ulasan

Catatan Popular