Hijrah 2.0

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Apa khabar kepada semua pengikut Kelab ASPM Siber? Walaupun sekadar 5 orang tetapi ikutan anda terhadap Kelab ASPM Siber merupakan satu penghargaan buat anda kerana sanggup (atau tidak) untuk menerima teguran atau status yang agak (mungkin) menyakitkn hati dan perasaan. Jika ada saya memohon kemaafan jika ada ayat penyinggung yang digunakan.

Baru-baru ini, kita (tidak) dikejutkan dengan satu fenomena iaitu Ma'al Hijrah. Ya, Ma'al Hijrah 1433H. Ini bermakna 1432H yang selama ini kita lalui dengan penuh keteguhan dan kemantapan iman dengan sedaya upaya untuk mengekalkannya telah lama kita tinggalkan. Jadi, kita harus mulakan hidup yang baru pada tahun yang baru. Kita kena berhijrah. Bukan harus tetapi patut. Wajib tak wajib, itu terserah kepada anda untuk meletkkan hukum. Tapi, saya syorkan wajib agar kita dapat menempuh hidup dengan penuh cabaran. Macam saya, saya menghadapi Penilaian Menengah Rendah 1433H dan PMR (Penilaian Mantapkan Rohani) 2012M. 

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata hujah

Itulah yang akan menjadi 'MasterChef' kita. Persoalan dan tanda tanya. Ia akan 'memasak hidangan' yang 'rasa'nya bergantung pada anda sama ada ingin tumpas, hempas dan syabas. Sebab itu, saya menyarankan anda berhijrah agar kita dapat 'CSI'kan jawapan bagi persoalan dan kata tanya anda yang mungkin menimpa anda. 


Baiklah. Nantikan status terbaru dan berinformasi yang akan terpampang di dada Kelab ASPM Siber. ASPM? Saya belum SPM, baru PMR. Nak tukar ke APMR? Amirul Putera Muslimin Rasionalisme. Tidak apalah. Nantikan nama terbaru Facebook, Twitter & Blogger ASPM mulai 1 Januari 2012M. Ok, selamat berenjoy dengan percutian anda. Kualitikan cuti anda bukan kuantitikan masalah anda

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

[LIRIK] Isra' Mikraj - Nasyid SAMMPS 2014

Majlis Konvokesyen Sekolah Rendah Islam & Tadika Islam Darul Thulab Kali ke-19 #Konvo19SRIDT

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi SAMMPS 2014