Harimau Mengaum Di Stadium Gelora Bung Karno Semalam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, bersyukur kita kehadratillah kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kita bersama-sama melayari dunia ke-2 yang sering dilawati dan dikunjungi oleh manusia sejagat iaitu Internet. Tak kiralah anda singgah di negara Facebook, Twitter, Blogger dan MySpace atau Pocodot sekalipun, anda masih hidup di dunia yang fana' ini. Agaknya ada ke Internet di akhirat kelak? Jadi, jangan salahgunakan Internet. Buat Internet sebagai bekalan bukan 'bakar line'.'Bakar line' untuk kita jejak syurga Allah yang abadi.


Baiklah, kalau siapa yang menonton Astro Arena semalam, ya, nampaknya Malaysia telah menang penalti dalam perlawanan semalam. Saya ucapkan tahniah kepada Asrarudin kerana berjaya menjaringkan gol pertama dan Khairul Fahmi sebagai 'penyelamat' negara kerana menangkis segala serangan dari pasukan Indonesia serta Badrul Bahtiar yang berjaya menjaringkan gol pada penalti terakhir.
Yang melucukan apabila pada masa tambahan apabila setiap kali Indonesia dan Malaysia berjaya menjaringkan gol, tiba-tiba pengadil mengatakan offside. Baru nak gembira, tetiba dah hancusss....
Lagi satu, ketika Badrul Bahtiar menjaringkan penalti, aku lawak time bila Meiga (penjaga gol Indonesia) dapat bola tu, muka dia sedih. Sekali, kuasa Allah siapa yang tahu. Terlepaslah bola dari genggaman Meiga. Ya! Syabas dan alhamdulillah!



Tapi, yang aku tak tahan, sepanjang Sukan Sea Games 2011, Indonesia mengutuk Malaysia. Cuba tengok video ini. Lihatlah betapa biadapnya penyokong Indonesia yang tak reti menghormati lagu kebangsaan kita.



Jadi, Malaysia boleh! Teruskan usaha! Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

[LIRIK] Isra' Mikraj - Nasyid SAMMPS 2014

Majlis Konvokesyen Sekolah Rendah Islam & Tadika Islam Darul Thulab Kali ke-19 #Konvo19SRIDT

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi SAMMPS 2014