Hari Ini Aku Berumur 14 Tahun

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat anda dan aku 'menziarahi' blog yang sudah lama terkubur di liang internet ini.
Alhamdulillah, dengn berakhirnya lagu Allah Selamatkan Kamu (setelah anda membaca tajuk status di atas), akhirnya aku sudah berusia 14 tahun.Ya Allah, terima kasih kerana aku masih hidup keranaMu. Maklumlah, kita ni pun tak tahu bila maut mendatangi. Jadi, berterima kasih dan bersyukur dengan tarikh lahir kit bukan dengan meraikan kita hidup atau tidak. Kalau macam tu, lebih baik sambut setiap hari. Yalah, bukankah tidur itu 'mati' sementara? Tak percaya, cuba fahami maksud doa bangun dari tidur. "Segala puji hanyalah untukMu ya Allah yang telh menghidupkan kami setelah mematikan kami dan kepada Engkau tempat kembali." Nampak? Amalkan di samping kita mengingati mati.
Baiklah, teruskan melayari blog Kelab ASPM Siber yang akan lebih menyerlah bermula cuti sekolah ini (dan selepas komputer aku direpair... rosak!). Heh! Nak pecah kepala otak merepair komputer itu. Doakan komputer aku sihat walafiat ok?

Ulasan

Catatan Popular