Aidiladha Suatu Pengorbanan...

Di bawah pepohon yang rendang (bukan rendang dagind di Aidiladha), kelihatan dua orang pemuda yang menjadi aktor di bawah naungan ASPM Production iaitu Amirul dan Ikhwan (anda boleh rujuk artikel Nak Ajak Berfikir).


Amirul : Ikhwan, Imam Muda kita. Macam mana hari ini Aidiladha?
Ikhwan : Siapa Imam Muda sekarang ni?Aku ke kau?
Amirul : Sorry,bang. Saya lupa diri.
Ikhwan: Tahu pun. Aidiladha,ya?Ok.Macam biasa.Aku baru join bapa aku buat penyembelihan.
Amirul : Bestnya.Aku just memerhati 134 darjah je.
Ikhwan : Tapi,kan. Garang lembu tu. Hampir-hampir dia nak buat iklan Mountain Dew yang dew...dew...dew...dew...dew...dew...
Amirul : Ya ke?Binatang pun ada perasaan juga,beb. Macam kita. Kalau ada orang nak bunuh kita, memang serabut tenuklah kita.
Ikhwan : Inikah ayat Imam Muda?Astagfirullahal Azim....
Amirul : Astagfirullahal Azim.Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku.
Ikhwan : Insaf pun.Amirul, sebagi Imam Muda HASSAN...
Amirul : Hassan?
Ikhwan : Ya.Hanya Angan Secara Simple And Naughty.
Amirul : Yalah...
Ikhwan : Apa pandangan kau terhadap Aidiladha?Ayat Imam Muda ni mesti dia download.
Amirul : Apabila kita memandang sudut pandangan terhadap Aidiladha, kita mesti tahu atau yang tak tahu merujuk kepada status di bawah (Pengorbanan Anda - Aidiladha) bahawa peristiwa sejarah Aidiladha bermula dari seorang bapa yang berkorban apa sahaja demi melaksanakan perintah Allah S.W.T. Seharusnya, kita perlu mengambil pengajaran dari cerita ini. Seperti yang saya katakan tadi bahawa Nabi Ibrahim mengorbankan anaknya, Nabi Ismail a.s. kerna perintah Allah. Takkan baginda nak syok sendiri ikut suka dia nak korban ke tak nak? Bukankah Allah is Number One? Patuhi elok-elok. Dan bukankah ada kata-kata yang biasa kita dengar, setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya.
Ikhwan ; Jadi, apa pengajaran yang boleh diambil dari sirah di atas?
Amirul : Pengorbanan. Ni, aku nak tanya. Apa pengorbanan kau terhadap negara? Apa pengorbanan kau terhadap agama? Bangsa atau negara? Apa? Kau tahu tak, pengorbanan kau ini akan menjadi bekalan utnuk kau menang di 'mahkamah' kelak. Di situ, akan diadil dengan seadil-adilnya. Takkan kau tak mahu menang di akhirat nanti? Nak masuk api neraka ke? Berkorban apa saja, kata P.Ramlee.
Ikhwan : So?
Amirul : Kalau mengikut logik akal, takkan zaman moden ini bapa nak sembelih anak? Tiba-tiba, Pakcik Aman, jiran kita nak sembelih Fauzi,anaknya kerana mendapat perintah Allah? Mengarut! Ajaran sesat tak pun wireless kat kepala otak dia disconnect.  Jadi, kita ambil yang jernih buang yang keruh. Banyak pengorbanan yang berlaku di sekeliling kita. Contohnya, menteri berkorban ratusan ribuan jutaan ringgit semata-mata rakyat. Ibubapa yang sanggup berkorban masa dan tenaga demi anaknya yang tercinta. Guru sanggup berkorban berpenat lelah demi mengajar anak muridnya sehingga pandai. Kau fikir Aidiladha korban binatang ke? Kalau korban binatang tu, kan keluar darah. Darahkan kotor? Jadi, kita buang benda yang kotor. Apa benda yang kotor? Dosa. Kemudian, kita makan dagingnya selepas dimasak. Itu bermaksud kita bersyukur dan segala yang kita mahu dan kita hidup berlandaskan nikmat Allah.
Ikhwan : Oh... aku faham. Itulah maksud Aidiladha yang sebenar.
Amirul : Kau ingat firman Allah S.W.T. dalam surah al-Baqarah, ayat 117 : Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya); dan apabila Ia berkehendak (untuk menjadikan) suatu, maka Ia hanya berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” Lalu menjadilah ia. Allah is the Greatest!
Ikhwan ; Ok,Imam Muda...
Amirul : Bukan ok, baik. Ok orang putih punya bahasa.
Ikhwan : Dahlah. Jom kita pergi masjid. Merasa daging korban.
Amirul ; Jom. Kita rasa nikmat Allah.


Mereka berdua pun pergi ke masjid dengan penuh kefahaman...
Jadi, apa pengorbanan anda?


RENUNGKAN!
Assalamualaikum!



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

[LIRIK] Isra' Mikraj - Nasyid SAMMPS 2014

Majlis Konvokesyen Sekolah Rendah Islam & Tadika Islam Darul Thulab Kali ke-19 #Konvo19SRIDT

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi SAMMPS 2014