Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2011

MALAYSIAN BOYS - Ada 'Something' Terhadapnya...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Ya, jom kita layan sebuah video yang menyentuh isu perpaduan, Malaysian Boys.



Dah tengok videonya? Mungkin anda pernah dengar yang dalam video ini terdapat entiti ganjil yang terselit yang nak 'berlakon' juga dalam video ini. Cuba tengok video ini untuk tahu di mana babak hantu itu 'berlakon'.



Terserah kepada anda untuk mempercayainya dan menilainya.

Hijrah 2.0

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Apa khabar kepada semua pengikut Kelab ASPM Siber? Walaupun sekadar 5 orang tetapi ikutan anda terhadap Kelab ASPM Siber merupakan satu penghargaan buat anda kerana sanggup (atau tidak) untuk menerima teguran atau status yang agak (mungkin) menyakitkn hati dan perasaan. Jika ada saya memohon kemaafan jika ada ayat penyinggung yang digunakan.
Baru-baru ini, kita (tidak) dikejutkan dengan satu fenomena iaitu Ma'al Hijrah. Ya, Ma'al Hijrah 1433H. Ini bermakna 1432H yang selama ini kita lalui dengan penuh keteguhan dan kemantapan iman dengan sedaya upaya untuk mengekalkannya telah lama kita tinggalkan. Jadi, kita harus mulakan hidup yang baru pada tahun yang baru. Kita kena berhijrah. Bukan harus tetapi patut. Wajib tak wajib, itu terserah kepada anda untuk meletkkan hukum. Tapi, saya syorkan wajib agar kita dapat menempuh hidup dengan penuh cabaran. Macam saya, saya menghadapi Penilaian Menengah Rendah 1433H dan PMR (Penilaian Mantapkan R…

Harimau Mengaum Di Stadium Gelora Bung Karno Semalam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, bersyukur kita kehadratillah kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kita bersama-sama melayari dunia ke-2 yang sering dilawati dan dikunjungi oleh manusia sejagat iaitu Internet. Tak kiralah anda singgah di negara Facebook, Twitter, Blogger dan MySpace atau Pocodot sekalipun, anda masih hidup di dunia yang fana' ini. Agaknya ada ke Internet di akhirat kelak? Jadi, jangan salahgunakan Internet. Buat Internet sebagai bekalan bukan 'bakar line'.'Bakar line' untuk kita jejak syurga Allah yang abadi.


Baiklah, kalau siapa yang menonton Astro Arena semalam, ya, nampaknya Malaysia telah menang penalti dalam perlawanan semalam. Saya ucapkan tahniah kepada Asrarudin kerana berjaya menjaringkan gol pertama dan Khairul Fahmi sebagai 'penyelamat' negara kerana menangkis segala serangan dari pasukan Indonesia serta Badrul Bahtiar yang berjaya menjaringkan gol pada penalti terakhir.
Yang melucukan apabila pada masa…

Syair Malam

Malam...
Suramnya malam...
Apatah lagi di jam 11:43 malam...
Sambil menonton telefilem Payung Emas di waktu malam...
Entahlah...
Ada something pada waktu malam...

Baru 6 baris.Jom top-upkan lagi.

Di depan komputer
Menaip yang entah apa-apa
Terkedip mata menahan seksa
Ngantuknya
Tapi rasa malas je nak tutup mata
Kenapa ya?
Kenapa ya,adik?

"Eh,tanya adik pulak dia.Tanyalah diri sendiri." jawab adikku. Yalah.

ASPM
Agaknya
Saya
Perlu
Mengalah
Mengalah?
Ya, mengalahlah.
Jangan nak pecah rekod tak tidur sehari.
Tidur tu penting
Awak
Silap...
Pentingkan
Myself
Yalah...
Apalagi
Sleep
Please
Mengantuk Dah Tu...

Oklah,ASPM nak log out.

Just Google - ASPM

Imej
Cari ASPM di Google.

1) Buka Google (takkan URL pun tak tahu?)

2)Takkan nak taip 'macam mana ya nak cari ASPM'?Taiplah Amirul Syafiq Putera Muslimin. (Rajin-rajinlah sedikit menaipnya tu).



3) Kemudian carilah dengan istiqamahnya (hati-hati mencari, jangan salah masuk 'rumah' orang pulak!) 

Jangan Cuti Segalanya

Amirul : Apa?Berlakon lagi?
Ikhwan : Sekali lagi...

Di alam maya bernama Mukabuku atau bahawa popularnya Facebook, kelihatan dua orang pemuda yang merupakan artis naungan Kelab ASPM Siber yang cukup sihat walafiat. Mereka baru melepasi hari pertama cuti sekolah dan pastinya mereka ingin kongsikan pengalaman cuti mereka. Ikuti chat mereka yang sempat di'hack' oleh seseorang.

Amirul : Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku, kau cari nama aku kemudian add aku, oh...oh... aku acceptlah kamu. Sedapnya.
Ikhwan : Amboi, happy nampak?
Amirul : Biasa. Cuti.
Ikhwan : Cuti... patutlah.
Amirul : Kau cuti buat apa?
Ikhwan : Duduk rumah je. Mak bapak aku tak sempat utnuk mengapplykan cuti mereka untuk aku yang bujang ini.
Amirul : Kesiannya. Jangan 'cuti' solat dan tanggungjawab kita yang Maha Esa.
Ikhwan : Nyesal aku chat dengan dia.

Ikhwan is offline.

Amirul : Pantang aku ber'Imam Muda'.Haiyya Ala al-Falah!

..........

D.U.G.A.A.N.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Ya, tajuk status kita pada kali ini adalah Dugaan.Dugaan, semua pernah rasa. Dugaan datang tanpa diduga. Ujian bagi kita untuk menguji kekuatan zahir dan dalaman kita sama ada kita mampu menempuh atau tidak. Dugaan ini datang tak kira bentuk mahupun gaya. Ada yang tiba-tiba atau dari silap kita sendiri. Atau dugaan itu memang kita pinta. Saya pernah mengalami dugaan sendiri. Anda pun sama. Orang di rumah anda pun sama. Di dunia pun sama malah nabi pun ada dugaan.


Dugaan ini merupakan nikmat Allah S.W.T. Mengapa? Sebab jika mampu untuk menempuh dugaan ini dengan baik, maka Allah akan memberi kita 'hadiah' daripada dugaan itu. Contohnya, kita nak menjawab kertas peperiksaan. Jika kita membuat persediaan dengan secukupnya, kita akan dapat skor A dengan baik.Jadi, 'lenung-lenungkan' (renung-renungkan) dan selamat 'belamah' (beramah).


Nantikan status seterusnya oleh ASPM sempena cuti sekolah ini.Assalamualaikum!

Kak Najwa Latif Kita Ada Lagu Baru!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Ya, bertemu kita sekali lagi dalam Kelab ASPM Siber. Ya, hari ini saya baru dengar lagu Carta Hati di radio. Alhamdulillah, ada peningkatan juga kakak pujaan remaja yang baru bersekolah dah bergelar penyanyi.Bukan macam kita, masih lagi bersama dengan ilmu dan tidak menyerlah di dunia seni ini. Baiklah, jom kita ikuti video klip rasmi Carta Hati nyanyian Imratun Najwa Latif.

Ada Sesuatu Tentang 'Marah si Burung'

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah, di hari pertama musim cuti sekolah yang semestinya dirai dengan gempaknya oleh mereka di kalangan warga bergelar pelajar. Baiklah, status kali ini agak menggila di laman Kelab ASPM Siber iaitu Ada Sesuatu Tentang 'Marah si Burung' atau orang putih kata Angry Birds. Ala, game yang digemari oleh mereka yang ada gajet ini.

ANGRY BIRDS: THE MOVIE
Angry Birds: The Movie?Benarkah? Ikuti 'trailer' ini.





Benarkah? Sebenarnya ini hanyalah gurauan semata. Filem Angry Birds: The Movie ada tapi bukan trailer ini. Nantikan Angry Birds: The Movie.
ANGRY BIRDS UCAP ALHAMDULILLAH?

Benarkah? Kalau anda ingin menialinya, sila lihat video ini dan fikirkan kebenarannya.





Ada yang kata: Mungkin Angry Birds tu Islam.Memang hina Islam.Dia cakap lainlah, bukan alhamdulillah.Entahlah.
Jadi, macam mana? Angry Birds - memang ada sesuatu tentangnya.Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Ustaz Blogger!

Imej
PANDANGAN ASPM TERHADAP BLOGGER!

B - Blogger boleh jadi ustaz!L - Lapang dadanya untuk menerima dan memberi ilmuO - Orang selalu cari 'dia' kat Internet!G - Grow in any numerous title!G - Gerakkan iman anda dengan pelbagai variasi dan bertepatan dengan akidahE - Engkau yang menentukan nak pilih atau tidak!R - Rasa-rasanya layak ke blogger jadi ustaz?

Aidiladha Suatu Pengorbanan...

Di bawah pepohon yang rendang (bukan rendang dagind di Aidiladha), kelihatan dua orang pemuda yang menjadi aktor di bawah naungan ASPM Production iaitu Amirul dan Ikhwan (anda boleh rujuk artikel Nak Ajak Berfikir).


Amirul : Ikhwan, Imam Muda kita. Macam mana hari ini Aidiladha?
Ikhwan : Siapa Imam Muda sekarang ni?Aku ke kau?
Amirul : Sorry,bang. Saya lupa diri.
Ikhwan: Tahu pun. Aidiladha,ya?Ok.Macam biasa.Aku baru join bapa aku buat penyembelihan.
Amirul : Bestnya.Aku just memerhati 134 darjah je.
Ikhwan : Tapi,kan. Garang lembu tu. Hampir-hampir dia nak buat iklan Mountain Dew yang dew...dew...dew...dew...dew...dew...
Amirul : Ya ke?Binatang pun ada perasaan juga,beb. Macam kita. Kalau ada orang nak bunuh kita, memang serabut tenuklah kita.
Ikhwan : Inikah ayat Imam Muda?Astagfirullahal Azim....
Amirul : Astagfirullahal Azim.Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku.
Ikhwan : Insaf pun.Amirul, sebagi Imam Muda HASSAN...
Amirul : Hassan?
Ikhwan : Ya.Hanya Angan Secara Simple And Naughty.
Amirul : Yalah..…

Pengorbanan Anda - Aidiladha

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadratillah kerana dengan limpah dan kurnia serta inayahNya dapat kita bersama-sama menyempurnakan hari kita dengan amal soleh dan ibadat yang dikerjakan dengan penuh tawadhuk dan istiqamah dan cuba untuk mencapai matlamat sebagai hamba yang diredhai atau bahasa al-Qurannya, la'allakum tattaqun.
Alhamdulillah, pada hari ini kita dapat menyambut satu hari yang perlu dihayati dan difahami mesejnya yang terkandung dengan pengajaran dan intipatinya yang boleh kita aplikasikan dalam kehidupan.Hari Raya Aidiladha.

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah…

Jangan Pendamkan Kemahiran Anda!

Imej
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Alhamdulillah, segala puji ke hadrat Allah kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kita bersama-sama mengecapi nikmat yang Allah telah berikan kepada kita.Cuba tengok orang zaman sekarang. Kita samakan dengan firman Allah dalam surah as-Sajadah, ayat 9 yang bermaksud:Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalamnya roh -Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati;  kamu sedikit sekali bersyukur. Jadi, jadilah kamu seorang yang bersyukur. Jangan sampai Allah dah 'delete' nikmatNya, kita merayu agar ada 'backup' untuknya. Sorry, any words can't be accepted except taubat nasuha anda doa. So, jom kita 'rebuild' balik iman kita agar segala yang kita kecapi ditatahkan dengan kesyukuran.
Aku nak tanya anda semua, sidang pembaca. Adakah anda bangga jika anda mengecapi sesuatu kejayaan yang dibuahkan melalui titik usaha anda sendiri? Confirm sembilan puluh sembilan poin sembilan puluh sembilan pe…

Hari Ini Aku Berumur 14 Tahun

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat anda dan aku 'menziarahi' blog yang sudah lama terkubur di liang internet ini.
Alhamdulillah, dengn berakhirnya lagu Allah Selamatkan Kamu (setelah anda membaca tajuk status di atas), akhirnya aku sudah berusia 14 tahun.Ya Allah, terima kasih kerana aku masih hidup keranaMu. Maklumlah, kita ni pun tak tahu bila maut mendatangi. Jadi, berterima kasih dan bersyukur dengan tarikh lahir kit bukan dengan meraikan kita hidup atau tidak. Kalau macam tu, lebih baik sambut setiap hari. Yalah, bukankah tidur itu 'mati' sementara? Tak percaya, cuba fahami maksud doa bangun dari tidur. "Segala puji hanyalah untukMu ya Allah yang telh menghidupkan kami setelah mematikan kami dan kepada Engkau tempat kembali." Nampak? Amalkan di samping kita mengingati mati.
Baiklah, teruskan melayari blog Kelab ASPM Siber yang akan lebih menyerlah bermula cut…