Ya Allah... Aku Bersyukur!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga aku online pada bulan Oktober ini. Maklumlah, sekarang ni demam peperiksaan semakin terasa dan menyebabkan hatiku berkobar-kobar untuk mencapai kejayaan untuk Peperiksaan Akhir Tahun 2011. Kau orang fikir senang? Mungkin di kalangan rakan-rakanku bersependapat dalam hal yang sama. Baiklah, hari ini aku berasa bersyukur sangat-sangat dengan kurniaan yang Allah telah berikan yang mungkin sebilangannya sudah tahu yang aku ni agak terror dalam BM bukan terrorist...Haha! Masa mata pelajaran Cikgu Noraini tadi, Cikgu Noraini telah mencipta suasana perbahasan dengan tajuknya "Kemasukan Buruh Asing Banyak Memberi Kesan Positif berbanding Kesan Negatif". Semua memberikan hujah yang padu dan tidak kurang juga yang membangkangnya. Penyokong - lelaki, pembangkang - perempuan. Jadi, semua memberikan semaksima yang mungkin segala hujjah yang padu untuk mematahkan serangan masing-masing. Kemudian, rakan lelaki yang lain 'mengesyorkan' agar aku memberikan hujah yang telah disepakati oleh rakan-rakan yang lain (sebenarnya aku yang tulis sendiri, geng aku semuanya menyanyi dan tak kurang juga yang ambil kesempatan untuk berdiam diri... aku suruh diorang baca. Yalah, dah aku tulis, mereka pula yang baca. Tiba-tiba, serangan angin meroyan mana diorang ni taknak baca. Dengan gentlemannya aku pun bangunlah dengan penuh kesemangatan dan kaki menggigil...hehe...) Lalu, ayat gramatis pun keluar dari kalam mulutku ini. Seingat aku ayatnya macam : "Saya wakil daripada pihak penyokong bersetuju dengan pernyataan kemasukan buruh asing membawa banyak kesan positif berbanding kesan negatif. Ini kerana sudah terang lagi bersuluh, kita semakin mendekati ambang 2020. Secara sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia, kemasukan buruh asing merupakan pelengkap bagi kemajuan negara Malaysia. Sebagai contohnya kita ambil..." Hah, bab ni yang lawak sedikit.Dengar... "Sebagai contohnya kita ambil pembinaan pagar di sekitar kompleks SAM Muhammadiah Pekan Sabak kebanyakannya menggunakan tenaga buruh Indonesia." Nampak? Aku babitkan pembinaan pagar yang sedang berlangsung di SAM Muhammadiah Pekan Sabak dan ada kawan-kawan yang bagi alasan ampaian kat asrama putera.Haha! Apalagi, terkemut-kemut perempuan nak bagi jawapan tetapi atas arahan Cikgu Noraini mereka gagahkan juga untuk menjawab.
Bukan itu sahaja, saudara dan saudari. Hamba tadi menyinggah sebentar di rumah Panglima Ilham Rafii yang merupakan belantara Kaunseling yang sedang bersemayam di hadapan komputer ribanya. Panglima Ilham sedang menyiapkan tugasan yang bertajuk Permohonan Tingkatan 3 SBP 2012. Ketika Panglima Ilham hendak mencetak permohonan tersebut, printernya buat onar. Maka, Amirul Syafiq Putera Muslimin pun hadir memberikan pertolongan menggunakan kepandaian yang Allah Taala kurniakan kepada hamba. Bukan hamba nak berlagak atau menunjuk-nunjuk, takut hilang amalan yang dicipta. Dengan beberapa puluh ketikan mouse, akhirnya selesai juga tugas hamba. Sultan Salehhudin selaku warden pun memuji kepandaian aku. Siapa tak bangga dan gembira, beb. Alhamdulillah aku tuturkan...
Pengajaran yang korang boleh ambil di sini adalah yang pertama, setiap apa yang kita ada tidak semestinya kena pendam atau sembunyikan dari umum. Untuk kita naikkan nama kita, kita perlu maintain, kata cikgu Anis Norhana Othman, guru BI aku. We must confident with ourself... Kata Cikgu Ilham Rafii pula, kalau kita tidak membangun, siapa lagi yang mahu membangunkan diri kita. Kata Allah S.W.T. pula, Allah tidak akan mengubah nasib seseorang sehingga dia ubah nasibnya sendiri. Kata siapa lagi,ya?
Yang kedua, bersyukur dengan apa yang kita ada. Mungkin orang di sebelah kita tu taklah terror sangat dalam pelbagai bidang contohnya BM ke, ICT ke... Setiap orang ada kelebihan masing-masing. Jadi, jangan risau dan jangan tidak ada kepercayaan dalam diri kita. Yakin kita boleh buat. Malaysia Boleh!
Sekian sahaja coretan untuk kali ini. Kalimah disusun penuh waspada agar tidak tercipta perasaan sengketa. Salam Mahabbah dari ASPM!

Ulasan

Catatan Popular