Ucapan Lebaran

Assalamualaikum Warahmtullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, aku selamat juga tiba di rumah aku dalam suasana yang sibuk dalam melakukan persiapan raya. Ya, jika wujudnya post di sini, itu memberi petanda aku telah sampai ke rumah. Esok, aku akan berangkat ke kampung, jadi terus direct ke rayalah pulangnya. Jadi, aku telah membuat perubahan drastik terhadap blog aku. Suka tak? Moga sukalah...Jadi, aku nak membuat ucapan raya tetapi dalam bentuk puisi.Ok, dengar ya.Puisi ni aku bikin sendiri tak de nak menciplak dari laman web yang lain...

Di sini aku meminta maaf
Setiap insan tidak terlepas dari melakukan khilaf,
Sempena lebaran yang mulia ini,
Aku menyusun sepuluh jari,
Menagih ampun atas kesalahan diri.

Aku bukannya insan sempurna,
Aku hanya hamba yang alpa,
Aku berharap Aidilfitri yang mulia,
Menjadi penyambung ukhuwah kita.

Berkatalah yang baik di hari raya,
Pohonlah maghfirah kepada Yang Maha Esa,
Panjatlah kesyukuran tidak terhingga,

Ramadhan diberkati Syawal dirai
Adakah Ramadhan membentuk anda menjadi Mukmin Lestari?

Salam Aidilfitri -- Minal Aidin Walfaizin

ASPM 97 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

[LIRIK] Isra' Mikraj - Nasyid SAMMPS 2014

Majlis Konvokesyen Sekolah Rendah Islam & Tadika Islam Darul Thulab Kali ke-19 #Konvo19SRIDT

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi SAMMPS 2014