Pantun Aidilfitri Lebaran Syawal

Amirul bersarung kain pelikat
Di pandang sekali nampak cantik,
Bila beraya jangan buat jahat,
Jaga adab biar Islamik.

Kaum Muslimin berbaju Melayu,
Kaum Hawa berbaju kurungnya,
Menziarahi pusara merasa sayu,
Tapi apakan daya Allah menjemputnya.

Cantik sedondon ibubapaku ini,
Padan warnanya cantik menawan,
Di hari raya berwajah rapi,
Biar semarak hari lebaran.

Satu dua tiga empat,
Rendang serunding lemang ketupat,
Pelita menyala malam mengamat,
Gembiranya rasa memang teramat.

Berlalu Ramadhan tibalah Syawal,
Sebulan berpuasa penuh dugaan,
Datang masjid awal-awal,
Solat Sunat Hari Raya jangan dilambatkan.

Bapaku pulang dari kota,
Bapaku beli baju raya,
Bapaku bawa dengan kereta,
Bapaku bawa ke kampungnya.

Ibuku mencantikkan rumahnya,
Disusun dengan kad hari raya,
Bapaku menyusun kuih raya,
Adikku mengisikannya dalam balangnya.

Syawal menjelma mengusik hati riang,
Doakan aku maaf dipinta,
Hatiku berasa sungguh tenang,
Bila menyambut hari raya.


Bila takbir dilaungkan,
Semua orang pergi ke masjid,
Bila tiba 10 akhir Ramadhan,
Berapa ramai pergi ke masjid?


Mercun berbunyi berdetak-detum,
Gembira bebenar mereka bermain,
Meriam dimain berdetak detum,
Tahu tak bahaya boleh dapat pain...


Hari Raya hari yang bahagia,
Ramai orang membuat rumah terbuka,
Benarkah hari raya hari yang bahagia,
Sebab duit habis pokai semua...


Satu dua tiga ringgit,
Sampul raya bundle menyelit,
Banyak betul dapat duit,
Bila dah dapat masuk dalam poket.


Hari Raya balik kampung,
Kampung berada jauh di sana,
Rasa gembira melambung-lambung,
Tak teringat mereka di alam baqa'.


Pemberita kata esok raya,
Lepas menengok anak bulan,
Apalagi semua gembira,
Di setiap masjid takbir dilaungkan.


al-Baqarah dan ali-Imran
Dua surah di dalam al-Quran
Bulan Ramadhan bulan keinsafan
Bulan Syawal bulan kesyukuran


Tunaikan zakat rukun keempat
Rukun Islam wajib dilaksanakan
Tunaikan zakat wajib dibuat
Kalau tak buat Islam ke kawan?

Tabiyyah Ramadhan memanifestasikan keberkatan,

Rahmat, maghfirah dan redha Allah,
Di bulan Syawal jangan berbuat kerosakan,
Nescaya mendapat kemurkaan Allah.


Tolong hidupkan kereta ayah,
Pulang ke kampung bersama-sama,
Bermain mercun lebaran musnah.
Elakkan kemalangan tanggungjawab bersama.


Lagu raya giat dimainkan,
Di stesen radio tempat sebarnya,
Waktu gembira ada batasan,
Jangan sampai meragut nyawa.


Ayah cantik bergaya,
Dipadan dengan baju raya,
Ibu pula apa kurangnya,
Disarung dengan baju kurungnya.


Ketupat rendang hidangan utama,
Duit raya diselitkan jua,
Kuih raya dimakan bersama,
Janagn melantak habis semua.


Yang silap mari dirapatkan,
Yang rapat mari dieratkan,
Yang silap harap diampunkan,
Yang renggang mari kukuhkan.


Balik kampung naik kereta,
Berbuka puasa menjamah kurma,
Lebaran menjelma tanpa sengketa,
Maaf kupinta gembira bersama.


Warga kota balik kampung,
Rasa gembira tidak terkira,
Perasaan gembira melambung-lambung,
Rancanglah kunjungi saudara-mara.


SALAM AIDILFITRI DARI AMIRUL SYAFIQ PUTERA MUSLIMIN!

Ulasan

Catatan Popular