Ramadhan al-Mubarak

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadratillah kerana dengan limpah dan kurniaNya serta inayahNya dapat kita hidup di atas muka bumi Allah S.W.T.
Menjelang 1 Ogos 2011 (insyaAllah...), kita akan menyambut satu bulan di mana kita akan diuji hidup-hidup bukan dengan syaitan tetapi dengan hawa nafsu, satu bulan di mana keberkatannya melimpah-ruah dan 'tiket' nak mendapatkannya mudah untuk dicari dan mudah untuk didapati, satu bulan di mana turunnya wahyu Allah S.W.T. dan satu bulan yang mana Lailatul Qadar menggamit umat Islam untuk meraihnya.

"Ala, bulan Ramadhanlah pulak..."

Kenapa merungut?Inilah peluang kita untuk memaksimakan pahala kita.

"Letihlah, bulan puasa..."

Inilah umat kita yang sebahagiannya memonyokkan muka memomokkan daif ke dalam iman mereka.Memang diakui, bulan puasa sungguh letih.Tapi, kalau nak dibandingkan dengan zaman Nabi dahulu, memang jauh berbezanya. Kita hanya menjalankan urusan harian kita. Tahukah anda, bulan Ramadhan ni dah berapa perang yang tercatat dalam lembaran Islam?Perang Badar kita mabil contoh. Nak berperang, fikir tak penat ke? Kita tak berperang pun. Nampak? Jauh bezanya. Lagi jauh dari Bumi ke Pluto.

"Kita bukannya para sahabat pun."

Memanglah, tapi kita umat mereka.Nabi S.A.W pernah mengaku depan para sahabat yang baginda lebih sayangkan umat akhir zaman yang memuliakannya dan mengabdikan diri kepada yang Khaliq.
Kita buat metafora sedikit. Kita berada di keretapi. Nabi pada gerabak pertama. Kita tercengang di gerabak terakhir. Macam itulah. 

Kes bulan puasa ni memang masyhur. Dengan orang Islam lepak kat kedai makan, selamba minum teh tarik depan orang.Betapa jahilnya dan tak malunya mereka. Nak kata kena hsut dek syaitan, syaitan kena rantai. Siapa lagi agen syaitan? Ha'ah, ada lagi satu iaitu hawa nafsu kita. Pasal tulah banyak kemungkaran berlaku walaupun di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Oklah, apa-apa hal aku nak ucapkan Ahlan Wasahlan Ya Ramdhan. Ihya' Ramdhan kepada semua.Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak.Jom kita perbaiki diri kiat dengan sebuah lagu yang boleh kita jadikan sebagai pengukuh iman kita, insyaAllah...

Ulasan

Catatan Popular