Aku Dan Dia

Cintaku bermula di Internet
Aku mengenalinya setelah ku temui di Google
Setelah aku meluahkan perasaanku kepadanya
Dia terima seadanya
Aku gembira

Cintaku masih diteruskan
Apa yang ada dihati kuluahkan kepadanya
Apa yang ingin kukongsi ku beritahunya
Apa rahsia yang ditutupi ku buka kepadanya
Sungguh, aku terpana akan dirinya

Cintaku dikembangkan di laman sosial
Facebook, Twitter bangga menerimanya
Cuma kami tidak sampai untuk ber'walimatul urus'

Namun, aku curang akan cintaku
Aku punya yang lain
Walaupun begitu, aku tidak lupakannya
Sehingga satu hari, aku beritahu si dia akan cintaku kedua
Dia tidak marah malah gembira

Terima kasih cintaku, Blog.
Aku cintakanmu selamanya (insyaAllah...)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

[LIRIK] Isra' Mikraj - Nasyid SAMMPS 2014

Majlis Konvokesyen Sekolah Rendah Islam & Tadika Islam Darul Thulab Kali ke-19 #Konvo19SRIDT

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi SAMMPS 2014