Nak Ajak Berfikir

Suatu hari yang indah, kelihatan dua orang sahabat sedng berbual-bual di bawah pohon nan hijau.

Amirul: Kau baca tak paper baru-baru ini?
Ikhwan: Paper A4? Takkan aku baca kalau tidak bercetak! Liquid paper? Takkan aku guna kalau tak ada niat nak guna!
Amirul: Bukan. Suratkhabar.
Ikhwan: Suratkhabar apa?Harian Metro, Berita Harian, Sinar Harian, Media, New Straits Time, Selangor Kini...
Amirul: Aku jawab se perkata kau jawab se perenggan.
Ikhwan: Yakah?Aku kira kau dah menyebut 19 perkataan termasuk salam.
Amirul: (Dalam hati) Tak faham betullah rakanku yang seorang ini. (Di mulut) Oklah.
Ikhwan: Hah, apa cerita?
Amirul: Ni, penggunaan bahasa terlarang iaitu bahasa SMS.
Ikhwan: Ala, standardlah zaman sekarang. Aku pun pakai bahasa itu juga.
Amirul: Apa nak jadi dengan orang kita? Merosakkan bahasa sendiri saja. Dahlah rosak peribadi, rosak bahasa pula!
Ikhwan: Tak semuanya begitu, Amirul. Sebahagian daripada kita sahaja.
Amirul: Itu aku tahulah. Banyak aku check dalam blog, Facebook, laman-laman sosial yang lain pun turut menggunakan bahasa yang tidak ada dalam kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Ikhwan: Itu SMS manusia. SMS Allah pun banyak yang tak buat. Melayan SMS manusia je. Allah dah send SMS pada kita supaya mengerjakan perintahNya dan meninggalkan apa yang dilarangNya.
Amirul: Betul. (Dalam hati) Ini sudah meresap jiwa Imam Muda dalam hati dia ini.
Ikhwan; Manusia ni tak mengenal erti bersyukur agaknya. Aku, kalau mrnjadi Imam Muda, aku akan menegakkan agama Allah dan membawa syiar Islam!
Amirul: (Dalam hati) Kalau kau tak jadi pun boleh, saudara.
Ikhwan: Bahasa SMS ini tak patut kita amalkan kerana ia akan mengubah apa yang terkandung dari yang sebenarnya. Bukannya apa, kita sekarang nak ringkas saja.
Amirul: Betul. Sampai ada mi segera lagi.
Ikhwan: Betul kata kau. Jadi, kita cegah sebelum parah. Sebab takut nanti, terbawa-bawa dalam Islam pula.
Amirul: Ok. Dah habis dah ceramah edisi khas kau? Aku dah nak balik ini...
Ikhwan: Hah, inilah umat akhir zaman. Dah taknak dengar ceramah. Kitakan dalam majlis al-I'lm.Dan...wei, kau nak ke mana tu?Ala, tunggulah!

Amirul meninggalkan Ikhwan dalam keadaan tidak puas hati.Sempat lagi dia kata: "Lebih baik aku tengok Mimbar Imam Muda, lagi bagus."


Kesimpulannya, anda boleh fikir sendiri....

Ulasan

Catatan Popular