Indah Kehidupan Apabila Bersama Secangkir Kenangan,,,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Apa khabar semua?Aku disini sihat walafiat dan berharap anda semua begitu juga.Bukannya apa, keadaan dengan cuaca yang tidak menentu ini boleh membuatkan kita jatuh sakit dengan mudahnya.Begitu juga dengan iman kita.Hidup ini tidak terlepas dari godaan syaitan laknatullah yang tidak pernah berputus asa menjauhkan kita dari rahmat Allah S.W.T.Mudah-mudahan, kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang ada 'connection' dengan Yang Maha Berkuasa.


Oklah, hari ini masih lagi berada di dalam hari cuti.Apa yang anda buat?Ada yang bercuti?Baguslah.Jauh permandangan, luas pengetahuan.Duduk rumah kerana mak ayah sibuk?Tak mengapa kerana mereka berusaha untuk menyara kehidupan anda agar anda masih lagi hidup dan merasai udara Allah yang Allah tak minta satu sen pun daripada anda.Fitrah manusia, sibuk dalam menjalani kehidupan seharian.Ya tak?


Baiklah, saya ingin berkongsi secangkir kenangan yang dipetik dalam diari kehidupan saya.Kisah ini berlaku ketika aku sedang mengetik papan kekunci sekarang.Aku mendengar beberapa pekerja di belakang rumah aku yang sedang menyiapkan projek pembinaan, mereka sedang bertengkar.


"Ini siapa yang buang sampah di sini?"
"Tak tahu, nama dirahsiakan. Aku..."
"Kamu berdua ini (tut).Kamu dengan nama dirahsiakan sama sahaja.Dua kali lima, (tut) betul."
"Lu apahal?(tut)!"
"Berani kau kata aku begitu,(tut)?Mahu (tut)?"


Aku pelik.Kenapa mereka berdua mengeluarkan kata-kata yang kesat?Sedangakn Allah S.W.T. telah menitipkan pesanan di dalam al-Quran,surah al-Hujuraat ayat 11 yang bermaksud:


"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri  dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah  yang buruk sesudah iman  dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."


Nampak?Kenapa umat-umat Islam membiasakan diri dengan menyebut perkataan yang dilabel atau diklasifikasikan sebagai makian, cacian dan hinaan?Jom kita explore al-Quran tentang ucapan.


Mereka itulah orang yang dibalasi dengan martabat yang tinggi  kerana kesabaran mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya.
(Surah al-Furqaan, ayat 75)


Dan mereka diberi petunjuk kepada ucapan-ucapan yang baik dan ditunjuki  kepada jalan  yang terpuji.(Surah al-Hajj, ayat 24)


Allah tidak menyukai ucapan buruk, dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya . Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.(Surah an-Nisaa', ayat 148)


Berharap dengan apa yang disampaikan dapat menyedarkan kita siapa kita untuk menghina atau memaki orang lain?Kita semua hamba yang hina di sisi Allah.Walaupun  kita pernah melakukan kekhilafan, jangn menggunakannya sebagai jalan untuk kita merendah-rendahkannya.Umat Islam perlu bangkit dari terjatuh ke lubuk dosa.


Baiklah, cukup setakat di sini sahaja.Ada apa-apa anda boleh contact saya di Facebook / Twitter sahaja.Sekian....Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamaualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Ulasan

Catatan Popular