Dua Hari Sebelum Tulat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Tik, tok, ketak, ketuk, bang, bing, bung, dah hari Jumaat. Huish, masa berputar dengan begitu laju sehingga kita mercup dan terpana.Ya, tanpa kita sedar, tulat kita dah kembali menyibukkan diri kita dengan hal-hal duniawi dan tak lupa di samping itu kita menyelitkan hal ukhrawi, insyaAllah!

Ya, apa yang anda semua buat ketika 2 minggu cuti persekolahan ini?Harap hati itu sudah puas memamah kenangan yang terpatri dalam ingatan.Aku bukannya apa, mungkin dalam hati anda terkandung suatu perasaan iaitu perasaan yang susah nak dikata tapi look at the situation.
"Ala...cuti dah nak habislah..."
"Ini yang...aishhh...(merungut)..."


Tenanglah. Jangan selaputi fikiran anda dengan perkara itu. Perjuangan dalam kehidupan perlu diteruskan. Jangan jadi manusia yang hanya tahu erti kesenangan. Getirkan jua kehidupan itu. Menuntut ilmu itukan sehingga ke liang lahad. Jadi, tiada erti kesenangan dalam kamus hidup. Tahu kenapa? Nanti di akhirat kelak, segala susah payah ini akan dibalas oleh Allah S.W.T. tetapi berjuang untuk menegakkan kalimah Allah dan agamaNya. Bukan berjuang untuk mengisi masa kehidupan dengan maksiat!
Untuk pengetahuan penuntut ilmu sekalian, menuntut ilmu itu satu jihad. Jadi, janganlah anda mempersia-siakan peluang yang Allah bagi ini...OK?


Baiklah, selamat meneruskan perjuangan yang tiada noktahnya dari Amirul Syafiq Putera Muslimin.Jadilah hamba Allah yang berguna dan memperoleh 'ijazah kelulusan' (masuk syurga) di akhirat kelak!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

[LIRIK] Isra' Mikraj - Nasyid SAMMPS 2014

Majlis Konvokesyen Sekolah Rendah Islam & Tadika Islam Darul Thulab Kali ke-19 #Konvo19SRIDT

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi SAMMPS 2014