Pertempuran...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...


Ya, saya kini berhadapan dengan suatau cabaran. Suatu pertempuran yang akan 'menyukat' sebanyak mana ilmu duniawi dan ukhrawi yang aku pelajari di SAM Muhammadiah. Aku sudah diselaputi kegentaran namun aku tabahkan hati agar dapat menghadapinya dengan tenang dan berakhir dengan suatu kejayaan yang dapat menggembirakan hati semua pihak.Aku cuba untuk meningkatkan lagi keupayaan aku dalam beberapa kemahiran yang akan diuji ketika pertempuran itu seperti kemahiran membaca, menghafal, memahami dan menghayati. Baiklah, diharapkan agar semua dapat mendoakan kejayaanku dalam terus kekal di SAM Muhammadiah dan berharap agar kejyaan itu kita berkongsi bersama. Ok, pertempuran akan dimulakan Isnin ini...

Suatu pertempuran berlaku:

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN SAM MUHAMMADIAH PEKAN SABAK 2011
16 - 26 Mei 2011
Semua Pelajar SAMMPS
Ganjaran : 2 Minggu Cuti Sekolah
Cabaran : Kertas Soalan
Senjata : Alat tulis, ilmu, fikiran , doa dan sebagainya yang boleh digunapakai


Semoga berjaya...

AMIRUL SYAFIQ PUTERA MUSLIMIN
14 MEI 2011
10:49 malam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

[LIRIK] Isra' Mikraj - Nasyid SAMMPS 2014

Majlis Konvokesyen Sekolah Rendah Islam & Tadika Islam Darul Thulab Kali ke-19 #Konvo19SRIDT

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi SAMMPS 2014