ASPM Fikrah

Aku berada di hadapan komputer
Bertemankan Windows Media Player yang tak pernah lelah memutarkan lagu
Bersama papan kekunci meluahkan perasaan
Seiringan dengan tetikus yang menjadi teman sepermainanku
Mataku melihat ke arah jam
Pukul 2:35 pagi
Aku berfikir sejenak
Sudah larut malam menghiasi tabir dunia
Tetapi mata tidak mahu lelap juga
Entah kenapa, ku cari jawapannya tetapi tiada
Aku, Blogger dan Facebook...
Rakan di Facebook dah kurang
Semua mungkin dibuai lautan mimpi yang indah
Aku kini seorangan
Tangan tak pernah lenguh menaip
Melontar cetusan dari minda
Tak tahu sampai bila penghujung ceritera


Malam masih meniti di tirai langit
Aku duduk di atas kerusi
Menanti jemputan mimpi
Yang akan membawaku ke syurgaloka palsu
Yang akan memintas malamku ke siang hari
Yang akan mematikan penglihatanku seketika cuma
Tetapi tidak kesampaian
Lagu menjadi halwa telinga
Berharap dapat pejam mata
Tapi itu semua harapan semata-mata
Masih lagi menumpu pada Facebook
Tapi aku hanya diam seribu
Semua tiada sebarang balasan
Hati mula diragut bosan
Masih lambat Subuh azan
Aduh...rasa terkilan


Apa mahu buat?
YouTube?Internet tak cepat.
Tengok filem di PC?Semua dah tengok
Buat kopi?Kacau ibubapa tidur
Banyak persoalan, banyak jawapan menidakkan penyataan
Fikiranku mula melayang
Imaginasi mula terbayang
Kalau tidak rasa nanti sayang...


Pukul 2 petang ni balik asrama
Dah masuk bulan Mei
Peperiksaan Pertengahan Tahun semakin hampir
Aku masih belum drill mindaku lagi
Masih berpaut pada syurgaloka dunia
Facebook, Twitter & Blogger
Bergayut pada alam maya
Sehingga tidak terpijak di alam nyata
Kau nak berjaya atau tidak, terpulang
Kau nak gagal atau lulus, terpulang
Mari mengorak sinar kecemerlangan


PAP!
Tersedar aku dari lautan angan-angan
Hati dihimpit rasa kekesalan
Membazir waktu tanpa tujuan
Menyesal tidak kesudahan
Tiba-tiba aku mendengar suara kecil:
"Amirul, sedarlah kamu dari lena duniawi!"
Aku terkesima dan terkejut
Siapa empunya suara
Aku menggosok mata
Permandanganku bercelaru
Suasana gelap pekat menjadi terang-benderang
Lalu, terhasillah rupa ibu
Ibu memandangku bercekak pinggang
"Bertuah punya anak.Tidur sampai ke tengah hari buta!"
"Dahlah tak off PC!"
"Kau dah kemas barang untuk balik asrama belum?!"


Aku lari langkah seribu
Aku tuli perkataan ibu
Apa yang ku tahu
Aku berjaya melelapkan diri


MORAL:Apapun kita buat, kita kena straight to the point.Bukan belok mana-mana atau R&R.Jangan memaksa diri dan jangan lari dari masalah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

[LIRIK] Isra' Mikraj - Nasyid SAMMPS 2014

Majlis Konvokesyen Sekolah Rendah Islam & Tadika Islam Darul Thulab Kali ke-19 #Konvo19SRIDT

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi SAMMPS 2014