Amirul Syafiq Putera Muslimin Dalam Kehidupannya

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, dengan sukma kata yang terpapar di retina mata anda, ini sudah menandakan saya sudah selamat sampai ke baiti. Ya, rezeki Allah s.w.t. cukup menggembirakan kerana rezkiNya iaitu cuti 2 minggu untuk aku bersama-sama dengan keluarga dan jiran tetangga dan semuanya bersatu mengekalkan ukhuwah yang sejati.Baiklah, sepanjang dua minggu berada di asrama SAM Muhammadiah, terdapat beberapa misi yang perlu (atau dah dikategorikan sebagai wajib) diselesaikan.

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN telah berjaya aku tempuhi dengan kepala yang hampir memformat seluruh kandungannya.Soalannya yang memerlukan aku berfikir dengan ligat agar tidak menyesal di hari kemudian.Cuma, ada yang aku tempuh dengan tenang dalam beberapa mata pelajaran.Cuma yang aku pinta dari kalian agar berdoa agar keputusan yang bakal aku terima tidaklah sampai mencucuri air mata kerana kegagalan.Biarlah ia mengalir kerana kegembiraan....

Oklah...kita bersama dalam 2 minggu ini.Nanti aku akan ceritalah sedikit tentang Ceritera Riang Syurgaloka Illahi....Ok!

Ulasan

Catatan Popular