Aku Telah Jatuh Cinta

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Apabila anda membaca tajuk utama di atas, confirm anda pernah merasakannya.Saban hari, kita sering didodoikan dengan lagu-lagu cinta dan dipertontonkan di depan mata anda bibit-bibit cinta dari media masaa atau zahir di retina mata.Sampai orang kata cintalah institusi bagi couple.Tahu tak dan terfikirkah anda, cinta itu bukti Allah tu ada?Kalau ada cinta didalam hati, maka Allah wujud.
Cinta ini banyak kategorinya.Cinta kepada Yang Maha Pencipta Cinta, ibubapa, guru, murid, kawan-kawan, umat Islam, agama, negara, bangsa, haiwan, tumbuhan, harta benda dan sebagainya.Tetapi, yang paling 'top rated viewed' adalah cinta antara manusia yang tiada pertalian darah dengan kita.Atau bahasa spesifiknya, couple seperti yang sebutkan tadi. Adakah anda tahu ada satu perhubungan yang boleh diberi naungan? Cuba baca hadith di bawah:

Daripada Abu Muslim al-Khaulani daripada Mu'az bin Jabal r.a., ia berkata: "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. menceritakan daripada Tuhannya dengan sabdanya: 'Orang yang bercinta kerana Allah berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naunganNya.'"

Abu Muslim menyambung: "Kemudian aku keluar hingga bertemu Ubaidah bin al-Samit, lalu aku menyebutkan kepadanya hadith Mu'az bin Jabal, maka ia menyatakan:
'Aku mendengar Rasulullah S.A.W. menceritakan daripada Tuhannya yang berfirman: 'CintaKu berhak untuk orang yang bercinta keranaKu, cintaKu berhak untuk orang yang saling tolong menolong keranaKu dan cintaKu berhak untuk orang yang saling berkunjung keranaKu.' 

Amacam?Best kalau bercinta kerana Allah kerana dia yang menzahirkan perasaan cinta di dalam hati.Kuasa Allah siapalah tahu.Sebab itulah ada cinta pandang pertama, itulah yang dinamakan cinta Allah dan pandangan seterusnya adalah pandangan nafsu.Nak ke kita bercinta bertuhankan nafsu padahal kita bertuhankan Allah?Fikir-fikirkanlah dan improve your love and re-upgrade it untuk menggapai cinta Allah S.W.T.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

[LIRIK] Isra' Mikraj - Nasyid SAMMPS 2014

Majlis Konvokesyen Sekolah Rendah Islam & Tadika Islam Darul Thulab Kali ke-19 #Konvo19SRIDT

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi SAMMPS 2014