5 Soalan Renungan

Amirul Syafiq Putera Muslimin ingin memuhasabahkan diri anda dengan 5 soalan:
  1. Anda telah hidup di atas muka bumi Allah S.W.T.24 jam telah diberikan kepada anda setiap hari.Soalannya, berapa jamkah anda gunakan untuk beribadah kepadaNya dan berapa jamkah anda gunakan untuk hal-hal duniawi?Adakah satu hari itu hanya dipenuhi dengan urusan duniawi ataupun hanya sedikit saja masa yang anda gunakan untuk beribadah kepada Allah S.W.T.?
  2. Anda ada tempat tinggal, talian internet dan sebagainya.Anda kata, "Banyak manfaatnya tau. Rumah, tempat berlindung. Talian internet, nak contact kawan." Soalannya, adakah rumah anda itu bebas 100% maksiat (seperti tiada gambar yang diharamkan atau benda yang haram)? Kereta anda, adakah anda guna hanya untuk pergi kerja, masjid atau sebagainya (dan tidak menyinggah ke tempat-tempat yang ditegah Allah)?
  3. Anda ada anggota badan yang sempurna yang diciptakan oleh Allah S.W.T.Adakah anda menggunakan sepenuhnya anggota badan anda untuk jalan kebaikan?
  4. Solat tiang agama.Semua orang buat, tak kiralah di surau, masjid mahupun rumah.Soalannya, khusyukkah solat anda seperti para sahabat Nabi Muhammad S.A.W.?Sahkah solat anda?Adakah anda meluruskan saf dengan selurus-lurusnya?Adakah anda merapatkan saf serapat-rapatnya tanpa ada ruang sedikitpun?
  5. Nabi Muhammad S.A.W telah meninggalkan kita 1400 tahun yang lepas. Sedalam manakah cinta anda kepadanya? Masih ingat lagikah anda terhadap baginda? Adakah anda melazimi selawat keatasnya?
JAWABLAH DENGAN JUJUR!
Adakah kita ini merupakan hamba Allah yang patuh, taat dan jujur kepadaNya?
Jangan hanya pada mulut tetapi tidak pada hati!  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

[LIRIK] Isra' Mikraj - Nasyid SAMMPS 2014

Majlis Konvokesyen Sekolah Rendah Islam & Tadika Islam Darul Thulab Kali ke-19 #Konvo19SRIDT

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi SAMMPS 2014