Kembali ke Madrasah!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Sedar tak sedar,kita sudahpun berada di penghujung cuti sekolah yang panjang ini.Kelihatan ibu dan bapa kita sudah sibuk menyiapkan persediaan untuk kita kembali ke alam persekolahan.Bagi yang akan melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah (yakni Tingkatan 1), ibubapa (yang ingin mendisiplinkan anaknya) akan menghantar anaknya ke asrama.Memang sibuk dan banyak pakai duit ketika minggu minggu akhir cuti sekolah ini.Bagi yang universiti itu,faham-fahamlah.Walaupun lambat lagi nak masuk Universiti tapi bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.
Nampak?Begitu besarnya pengorbanan ibubapa dalam hal ini.Sanngup berhabis duit,berhempas-pulas mencari rezeki demi kita.Kita?Apa yang kita balas pada mereka?Wang ringgit?Bukan!Kejayaan...Oleh itu,sahabatku.Jangan kita membuang wang ringgit mak bapak kita dengan kegagalan, tapi kita menghargai wang ringgit mereka dengan kejayaan.
Bagi yang akan menduduki UPSR / PMR / SMA / SPM / STPM / STAM / yang sama taraf dengannya, berusahalah untuk mengecapi kejyaan dan itulah yang dapat mengukirkan senyuman keikhlasan dan menitiskan airmata kesyukuran daripada mak ayah kita.Yang belum lagi,berusahalah agar kita dapat jadi yang terbaik untuk mak bapa kita dan seterusnya menjadi insan yang berguna di dunia dan di akhirat kelak.

Ulasan

Catatan Popular